Malik Kassim Jadi Punca PAS Bayan Baru Putuskan Hubungan Dengan PKR

20/03/17 – Exco Agama Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Kassim dikatakan menjadi punca kenapa PAS Bayan Baru memutuskan hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pulau Pinang.

Semuanya bermula apabila Exco Agama Pulau Pinang yang juga merupakan anggota parti PKR, membiarkan DAP campur tangan dalam isu dan urusan yang melibatkan Fatwa dan agama Islam di negeri tersebut.

Malik dilihat membiarkan DAP masuk campur dalam urusan beberapa fatwa sehingga menyebabkan ia dilengahkan serta ditangguhkan.

Tindakan tidak bertanggungjawab dan lepas tangan tersebut menunjukkan bahawa Malik selama ini menjadi kuda tunggangan kepada DAP.

Sepatutnya Malik yang mewakili PKR perlu lebih bertegas dan tidak sewenang-wenangnya membiarkan DAP masuk campur dalam urusan agama Islam.

Akan tetapi, sikap Malik yang lebih mesra dan berpihak kepada DAP tersebut menyebabkan PAS Bayan Baru mengambil keputusan untuk membatalkan hubungan Tahaluf Siyasi atau Kerjasama Politik dengan PKR.

Tindakan tersebut dianggap sebagai tidak menghormati PAS sebagai sebuah rakan tahaluf ketika dalam Pakatan Rakyat. Bukan itu sahaja, PKR juga tanpa berkata apa menurut sahaja kehendak DAP yang mahu menyingkirkan PAS dari pakatan tersebut.

PKR juga tidak bersuara apabila DAP mengumumkan kerajaan Pulau Pinang sebagai kerajaan Pakatan Harapan dan keputusan DAP untuk memecat kepimpinan PAS dan Ahli PAS di Pulau Pinang.

Jelas tindakan tersebut melukakan hati PAS…, Sebagai rakan seperjuangan, PKR langsung tidak membela PAS mahupun menghormati parti tersebut.

Bahkan PKR kini dilihat gagal untuk mempertahankan Islam di Pulau Pinang apabila secara terang-terangan membiarkan DAP mencampuri urusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.

Daripada keluhan PAS tersebut jelas menunjukkan bahawa Malik Kassim menjadi punca kepada pengakhiran hubungan antara PKR dengan parti Islam tersebut.

Bukan itu sahaja, kegagalan parti itu untuk membela PAS dari terus dipinggirkan DAP menunjukkan bahawa PKR kini telah menjadi hamba yang dicucuk hidungnya dan harus menurut segala kehendak DAP jika mereka mahu terus kekal dalam Pakatan Harapan. – TiraGomez/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *