Mat Salleh Kahwin Jemputan 100 Orang Saja, Tapi Orang Melayu Kenapa Perlu 1000 Orang Jemputan?

21/03/2017 – Masalah yang sering kali berlaku pada setiap anak muda apabila membuat jemputan kahwin. Bila jemput, tak pulak datang. Bila tak dijemput, ngomel kata “amboi, kawen tak jemput pun”. Sedangkan, bukanlah rapat sangat.

Disebabkan perkara itu, ramai anak muda yang mahu berkahwin terpaksa menambah bilangan tetamu jemputan sampai 1,000 orang. Perkongsian Azrul Muzaffar Mohammed tentang perbezaan jemputan kahwin orang barat dan orang Melayu mendapat perhatian netizen.

Itulah orang Melayu ini kadang-kadang bangsa yang pelik, sanggup bergolok gadai berhutang semata-mata menjemput tetamu ramai. Jika ikutkan, mampu je jemput tetamu tak sampai 300 orang.

Tidak salah sebenarnya jika mampu jemput 300, jemput sahaja 300 orang. Takut orang cakap belakang? Mulut manusia bukan macam mulut tempayan boleh ditutup, lama-lama pasti diam juga. Sunnah buat jamuan (ada ulama mengatakan wajib) tetapi mengikut kemampuan. Wajib hebahkan perkahwinan tersebut.

Di zaman media sosial ini, hebah melalui Facebook, Twitter atau Instagram sahaja sudah cukup. Objektif utama perkahwinan ialah ijabkabul, bukan beri orang makan.

Ini tidak, disebabkan mahu buat perkahwinan hebat dan jemput ramai orang sebab tak mahu pakcik, makcik, paklang, maksu, meknab kecil hati. Kemudian selepas kahwin, pengantin jilat dinding.

“Malah minggu ini ramai lelaki single mencemuh bila saya kata kalau kedua-duanya sudah bekerja, girlfriend harus tinggalkan boyfriend selepas tiga tahun mereka belum dinikahkan secara sah.

“Mana cukup nak kumpul duit dalam tempoh tiga tahun saja? Kena sara mak ayah, bayar hutang PTPTN, belanja sekolah adik beradik, hantar parents pergi haji bla.. bla.. bla..”

“Tetapi dalam tempoh tiga tahun itu sanggup pula usung anak dara orang dating, peluk cium pegang tangan sana sini. Jaga ikhtilat la sangat,” tulisnya. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *