Memalukan!! JAWI dan JAIS tak terima bukti sijil nikah di Thailand dan Indonesia

Suami isteri yang ditangkap khalwat pada bulan lepas meskipun mempunyai sijil perkahwinan mengundang persoalan. Namun begitu, seorang pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tampil mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tersebut.

Hairul Nizan Mhd Idris dari Jabatan Pendakwahan JAIS Cawangan Hulu Langat berkata, kebanyakan tangkapan yang dilakukan berpunca apabila si suami tidak dapat memberikan keterangan yang kukuh bahawa wanita bersamanya adalah isterinya.

“Kebanyakan masa, suami tidak dapat memberikan bukti kerana pasangan itu berkahwin di Thailand atau Indonesia.

“Hanya menyediakan dokumen bahawa perkahwinan itu telah diadakan di luar negara tidak mencukupi.

“Mereka perlu menyediakan dokumen sokongan yang menunjukkan perkahwinan itu diiktirafkan di Malaysia,” katanya yang memetik laporan Free Malaysian Today (FMT).

Menurutnya, serbuan yang dilakukan Jawi adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan hanya akan melakukan serbuan jika mendapat aduan daripada orang ramai.

“Proses seumpama itu diamalkan dalam mana-mana serbuan yang dijalankan dan serbuan hanya akan dilakukan jika terdapat aduan.

“Jika tiada aduan, maka kami tidak akan datang. Jika ada aduan, maka pihak berkuasa agama kami perlu bertindak.

“Apabila kami datang ke hotel dan melihat bahawa kereta orang itu diletakkan di luar, kita tahu tanpa keraguan bahawa pasangan itu berada dalam bilik.

“Kami akan mengetuk pintu dan beri salam ‘Assalamualaikum’ sebanyak tiga kali. Cukup masa untuk tutup aurat,” katanya.

Menurutnya, Jawi akan tetap menyerbu mana-mana bilik pasangan yang enggan memberi kerjasama dan ini juga termasuk kepada pasangan yang telah diberikan arahan untuk menutup aurat terlebih dahulu.

Nampaknya hukum manusia lebih tinggi daripada hukum yang ditetapkan oleh agama Islam di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *