Ng Pei Ven @ Cindy Ng hanya akan dihukum penjara selepas memandu secara merbahaya.

Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini membenarkan polis mereman seorang gadis, Ng Pei Ven @ Cindy Ng selama 4 hari. Dia dilihat dalam keadaan kaku ketika berjalan melepas sekumpulan wartawan.

Menurut Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, gadis tersebut ketika itu dalam perjalanan pulang dari sebuah kelab malam di Bukit Mertajam menuju ke rumahnya di Butterworth.

Dalam perjalanan menuju ke Plaza Tol Sungai Dua, gadis tersebut mendakwa melihat seakan-akan sebuah lori di tengah jalan dan dia dengan pantas melakukan pusingan U ke lorong paling kanan, meletakkan kereta itu di arah berlawanan di lorong paling kanan.

“Ketika melakukan pusingan secara tiba-tiba itu, dia menggeser 3 kenderaan lain sebelum memandu 5km dan merempuh sebuah Perodua Kelisa dan 5 lagi kenderaan.

“Pemeriksaan kamera lebuh raya mendapati tidak ada lori di tengah jalan seperti yang didakwanya,” Nik Ros memberitahu wartawan hari ini.

Insiden terbabit mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial, dengan gesaan supaya remaja itu didakwa atas tuduhan membunuh.

Bagaimanapun, Nik Ros berkata ia tidak boleh dilakukan kerana tindakan itu tidak berniat membunuh.

Menurutnya, Seksyen 44 Akta Jabatan Pengangkutan Jalan membawa hukuman 4-10 tahun, manakala bagi kesalahan bunuh tanpa sengaja di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan, ia hanya membawa hukuman maksima 2 tahun.

Nik Ros turut mengesahkan remaja tersebut dalam keadaan khayal kerana pengambilan dadah, tetapi polis masih menguji sampel darah untuk kandungan alkohol.

Menurutnya, remaja itu akan disiasat di bawah Seksyen 15 Akta Dadah Merbahaya 1952 kerana salah guna dadah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *