Pakatan Kitar Semula Isu Lama Untuk Tipu Rakyat Di PRU14

21/03/17 – Tak habis-habis asyik ulang skrip yang sama je Pakatan Pembangkang ni…, Sudah habis modal agaknya sebab asyik ulang isu yang dikitar semula je. Macam dah takde isu baru yang hendak digunakan untuk menipu rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Dah bertahun-tahun pakatan Pembangkang asyik menipu perkara yang sama…, Lepas tu asyik keluarkan kenyataan konon pilihan raya pada kali ini “paling kotor”, “paling menipu”, “paling tidak adil” dan sebagainya.

Haishhhh, berapa banyak paling laa??! Kalau dulu pada PRU12, kononnya Bersih meramalkan yang pilihan raya pada tahun tersebut adalah yang “paling kotor dalam sejarah”. Kemudian pada PRU13, DAP Pulak ramal konon “pilihan raya paling kotor”.

Lepas tu pada PRU14 akan datang ni, PKR pulak kitar semula ayat yang sama kononnya pilihan raya kali ini “paling buruk dalam sejarah”. Aduhaiiii, macam takde penipuan lain je yang korang boleh buat…, Berapa kali “paling” yang korang nak gunakan ni bebb?

Konon paling tak adil tapi hakikatnya korang yang kalah dan UMNO tetap menang atas undian rakyat sendiri. Kadang-kadang Gomez kesian jugak dekat puak pembangkang ni sebab dorang masih lagi berada di zaman kuno.

Masakan tidak, asyik guna taktik dan propaganda yang sudah basi. Agak-agak korang lepas ni “paling” apa pulak yang dorang nak guna? Haishhh, bosannya asyik dengan idea yang lama untuk menipu rakyat sampai dorang pun dah boleh agak.

Paling kelakar, kalau dahulu Pakatan Pembangkang tuduh yang 40,000 orang Bangla dan 1 Juta “alien Marikh” diberi kad pengenalan untuk mengundi. Kali ini dengan menggunakan skrip yang sama, dorang dakwa konon 700,000 orang China pulak bakal diberi kad pengenalan untuk mengundi.

Lepas ni apa pulak?? Mungkin lepas ni UMNO nak guna santau, pocong dan hantu galah pulak kot untuk mengundi dorang, haha! Yela sebab selama 15 tahun Pakatan Pembangkang asyik guna helah yang sama, tak bosan ke? – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *