Pakatan Pecah Kepala Fikir Siapa Layak Jadi Perdana Menteri

Oleh Beruang Biru

Pada pendapat Pakatan Harapan PRU14 yang bakal datang ini adalah peluang terbaik untuk mereka merampas kuasa dari Barisan Nasional. Itulah angan angan mereka sekarang.

Pada PRU13 lalu peluang mereka kelihatan cerah kerana mendapat “full swing” undi masyarakat Cina hasil kerja hasutan kebencian dari parti DAP.

Bukan sahaja masyarakat Cina dilagukan dengan andaian pentadbiran BN yang kononnya tidak bagus tetapi mereka juga digula gulakan dengan andaian PRU13 sebagai peluang terbaik mereka boleh memerintah. Akhirnya tidak jadi juga, hanya tinggal angan angan.

Maka atas sebab itulah terjadinya “Tsunami Cina”.
Namun apabila masyarakat Cina sudah “full swing” menyokong Pakatan Rakyat penggundi Melayu pula kekurangan pada bilangan untuk memberi kuasa kepada Pakatan Rakyat.

Maka gagallah usaha DAP untuk menawan Putrajaya. Strategi DAP untuk memonopoli semua undi Cina ternyata silap. DAP juga mengakui undi Melayu perlu untuk tawan Putrajaya.

Pada PRU14 ini , Pakatan Harapan yang menggantikan Pakatan Rakyat memedam sekali lagi cita cita untuk menakluki Putrajaya. Cuma kali ini sekaligus dengan bantuan undi orang Melayu yang kekurangan pada PRU13 lalu.

Mereka berharap dengan bantuan Tun Mahathir bersama mereka , cita cita itu akan berjaya.

Tidak dapat dibayangkan apa akan terjadi kepada institusi berasaskan dan berpaksikan Melayu bila ditadbir urus dengan DAP sebagai kuasa dominan pada kerajaan Putrajaya.

Yang sudah pasti, DAP akan buang sejuta kakitangan awam di Putrajaya kerana menganggap kakitangan awam membazir dan membebankan. Siapa akan dimasukkan oleh DAP menggantikan yang sejuta orang itu?

Bayangan di Pulai Pinang mungkin terjadi di pemerintahan pusat pula.
Setiap tindakan anti Melayu akan digunakan barua Melayu seperti Dr Afifuddin untuk proposal ladang babi mega. RUU Babi dilulus, RUU355 ditolak mentah mentah oleh DAP.

Maka yang lain pun akan “follow suit”, wakil Melayu juga akan digunakan untuk usul bubar RELA, askar Wataniah dan pelbagai lagi.
Tetapi, dalam angan angan mereka dan perancangan mereka , satu perkara tetap menjadi masalah kepada Pakatan Harapan.

Mereka ketandusan nama untuk calon menjadi Perdana Menteri.

Antaranya , jika calon itu layak, mungkin dia datang dari parti yang ahli dan kerusinya sedikit seperti Muhyiddin. Jika yang ada banyak kerusi dan ahli, calonnya bukan Melayu pula macam DAP.

Jika yang sedia ada pula, mereka ada bagasi , dengan skandal yang bakal dihadapi di mahkamah, yang sudah dipenjarakan dan yang bakal dipenjarakan.

Masing masing calon semuanya bermasalah , jika tiada masalah peribadi, maka masalah tidak ada pengalaman pula.

Maka atas sebab itu , Pakatan Harapan boleh dikategorikan sebagai ramai calon tapi tidak sesuai.

Memang sesiapa pun boleh jadi Perdana Menteri dari kalangan mereka, persoalan nya bukan “boleh” atau “tidak boleh” tetapi sesuai atau tidak.

Mahukah orang orang DAP menghormati Perdana Menteri tidak ada pengalaman atau yang datang dari parti paling sikit kerusi?

Mahukah orang PKR yang suka bertengkar, suka berdebat terima Perdana Menteri yang tiada pengalaman memerintah?

Sebenarnya percaturan Tun Mahathir amat bijak, dia membuat keadaan begitu kerana untuk “accomodate” situasi yang dia cipta.

Adalah nanti yang bakal dia hidangkan kepada Pakatan Harapan.

Inilah masalah Pakatan Harapan, hendak menamakan calon Perdana Menteri “on paper” sebelum PRU14 pun mereka bermasalah. Dah 7 bulan mereka berpakat, masih lagi susah hendak sebut satu nama. Siapa calon PM?

Harus diingat ini baru nama bertaraf calon sahaja, bukan ketetapan itulah calonnya. Bayangkanlah perebutan pada jawatan menteri di kementerian idaman.

DAP sudah tentu ketagih kementerian kewangan , pertahanan dan pelajaran. Di tempat itu DAP boleh merencana mahu mengubah landskap negara ke arah acuan mereka.

Bagaimana pula parti lain? cukupkah sekadar jadi menteri jaga wanita?
Sudah pasti pergeseran dan pertengkaran akan wujud kerana ini.

Inilah dia jika satu Pakatan itu diwujudkan kerana kebencian dan bukan kerana kesejahteraan rakyat.

Mereka hanya berkongsi matlamat mahu jatuhkan BN sahaja. Politik 24 jam hendak jatuhkan PM, tetapi satu nama untuk gantikan PM mereka gagal hendak sebut.

Rakyat akhirnya akan memilih stabiliti dan kesinambungan.

Baik bersama Barisan Nasional yang sudah ada kerangka jelas untuk jaga kebajikan rakyat.

Bukan seperti pembangkang, hendak pilih satu nama jadi PM pun sampai pecah kepala masih tidak dapat dapat lagi nama.

Kenapa sangat pilih satu nama? Sebab pembangkang sebenarnya hanya hendak rebut kuasa. Dalam merebut kuasa itu, mereka juga tidak ikhlas antara satu sama lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *