Patung Cristiano Ronaldo dikutuk netizen kerana hodoh

Lisbon: Cristiano Ronaldo mempunyai lapangan terbang antarabangsa yang dinamakan semula sempena namanya namun patung gangsa yang tidak menyerupai wajahnya menjadi perbualan utama.

Seramai 5,000 penyokong yang menjerit, pemain Portugal itu sendiri dan Perdana Menteri serta Presiden negara itu semuanya hadir di lapangan terbang Madeira, kepulauan Ronaldo dilahirkan.

“Untuk melihat lapangan terbang ini menggunakan nama saya satu perkara yang amat istimewa,” kata Ronaldo, 32, yang mengemudi kemenangan Portugal pada Kejohanan Eropah tahun lalu.

“Setiap orang tahu saya berbangga dengan asal-usul saya.”

Bintang Real Madrid itu, bercakap pada majlis penamaan semula lapangan terbang itu yang turut dihadiri keluarganya berkata: “Saya tidak meminta semua ini tapi saya bukannya hipokrit dan sedar ini satu penghormatan buat saya dan membuatkan saya gembira.”

Turut dipamerkan adalah patung gangsa pemain itu yang tergolong dalam kalangan pemain terhebat sepanjang zaman.

Namun kecuali rambutnya yang kelihatan hampir sama, pengguna media sosial pantas mengutuk patung itu apabila menganggapnya terlalu hodoh dan tidak langsung kelihatan seperti Ronaldo.

“Secara serius, saya kelihatan lebih seperti Cristiano Ronaldo berbanding patung itu,” tulis pengguna Twitter, DiscoHobbit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *