Pekerja pusat komputer disimbah air kencing oleh pelanggan marah.

Seorang pekerja pusat komputer di Bandar Heihe, wilayah Heilongjiang, China menjadi mangsa amarah seorang pemain game apabila lelaki itu bengang disebabkan komputer yang digunakan olehnya menjadi lembab ketika bermain game online.

Suspek berusia 19 tahun itu mula berperang mulut dengan pekerja terbabit dengan menyalahkan komputer yang digunakan menyebabkan ranking permainan onlinenya menjadi teruk.

Namun, apabila pekerja terbabit tidak mengendahkan cacian, suspek mula bermain fizikal.

Rakaman CCTV menunjukkan suspek melompat keluar dari tempat duduknya dan memukul kepala pekerja berkenaan berbelas-belas kali menggunakan botol air Coke.

Apa yang menakjubkan, pekerja tersebut langsung tidak melawan dan hanya menggunakan tangannya untuk bertahan.

Suspek kemudian berlari ke tandas, kencing ke dalam botol air Coke itu dan menyimbahnya ke muka pekerja terbabit.

Pekerja berkenaan tidak melawan balik dan hanya menghubungi polis selepas suspek keluar dari premis itu.

Suspek telah ditahan polis dan dihukum penjara 10 hari kerana tindakannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *