Pencuri dipotong tangan dan kaki di Afghanistan

KABUL: Taliban dilaporkan memotong tangan dan kaki seorang lelaki di khalayak ramai selepas didakwa mencuri, kata pegawai kerajaan Afghanistan.

Pemuda itu didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kawasan terpencil di wilayah Herat yang dikuasai pemberontak.

Jurucakap wilayah, Gulam Jilani Farhad, berkata hukuman itu dilaksanakan pada Isnin di daerah Obe dan pemuda itu dilaporkan stabil selepas dirawat di Hospital Herat.

Ketua Polis Daerah, Shir Agha Alkozai, berkata kejadian itu disahkan dilakukan oleh Taliban tetapi tiada maklumat lanjut mengenainya.

Jurucakap Taliban tidak dapat dihubungi untuk mengulas.

Pelaksanaan hukuman di depan khalayak adalah satu kelaziman terutama di kawasan yang dikuasai kumpulan itu. – AP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *