Peningkatan Pengundi Melayu Bakal Ubah Politik P.Pinang Selepas PRU14

20/03/17 – Populasi pengundi Melayu di Pulau Pinang diramalkan bakal berubah menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang. Ini ekoran daripada kegagalan kerajaan DAP Pulau Pinang dalam mentadbir negeri tersebut dengan bagus.

Perkara ini dapat dilihat daripada penurunan peratus pengundi Melayu di kawasan kerusi selamat DAP, di mana telah berlaku penurunan antara 15 sehingga 25 peratus.

Sementara itu, lima kawasan parlimen telah menjadi kawasan majoriti pengundi Melayu iaitu Kepala Batas, Tasek Gelugor, Permatang Pauh, Nibong Tebal dan Balik Pulau. Manakala Parlimen Bagan, Bukit Mertajam, Batu Kawan, Bayan Baru, Gelugor dan Jelutong telah menyaksikan pertambahan pengundi Melayu sebanyak 20 peratus pada penghujung 2016.

Hanya Parlimen Bukit Bendera dan Tanjong sahaja yang didominasikan oleh pengundi Cina iaitu 60 peratus. Mengikut pengiraan Dun negeri Pulau Pinang, majoriti Melayu kini melebihi 40 peratus iaitu 12 Dun pada tahun 2004.

Sementara pada 2013 pula menyaksikan peningkatan kepada 14 Dun dan kini pada pilihan raya lalu menunjukkan peningkatan kepada angka 18 Dun. Jika kita nilai dari angka tersebut, jelas bahawa Pulau Pinang bakal berubah tangan pada PRU14 kelak.

Peningkatan pengundi Melayu di Pulau Pinang berpunca daripada kegagalan pentadbiran DAP seperti isu kegagalan tebatan banjir sehingga menyebabkan beberapa kawasan di Pulau Pinang dilanda banjir kilat tahun lepas.

Bukan itu sahaja, keghairahan DAP menebus guna laut untuk projek perumahan mewah di sekitar Pulau Pinang juga telah menimbulkan kemarahan penduduk dan mengakibatkan nelayan-nelayan pantai kehilangan punca pendapatan.

Malah DAP Pulau Pinang juga gagal untuk menjaga keselamatan kawasan awam apabila berlaku dua kejadian tembak di khalayak umum dalam masa setahun lepas. Situasi-situasi yang berlaku tersebut jelas menunjukkan DAP gagal untuk menjaga keselesaan, keharmonian dan keselamatan rakyat Pulau Pinang.

Kegagalan DAP telah menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat dan juga dari kalangan ahli-ahli akar umbi DAP. Mereka kecewa kerana DAP dilihat hanya memberi projek tender kepada kroni tertentu sahaja dan menjalinkan hubungan dengan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tanpa persetujuan semua akar umbi.

Sesetengah akar umbi DAP hanya merestui hubungan parti itu dengan Parti Amanah Negara (PAN) sahaja tetapi mereka tidak rela untuk bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Mahathir. Mereka turut mempertikaikan layanan DAP terhadap PAS yang telah banyak membantu parti tersebut untuk berkuasa di Pulau Pinang.

Sikap penting diri DAP Pulau Pinang tersebut akan mengakibatkan mereka hilang kuasa, malah rakyat negeri tersebut telah menyatakan ketidakpuasan hati ke atas DAP. Mereka merungut dan mempertikaikan, kenapa tanah-tanah kampung warisan Melayu diambil untuk pembangunan.

Malah memaksa dan menutup peluang orang-orang Melayu untuk memiliki rumah mampu milik ekoran rumah di kawasan yang dibangunkan oleh kerajaan negeri DAP ditawarkan dengan harga yang mahal. Situasi ini menyedarkan orang-orang Melayu bahawa janji DAP kepada mereka hanya tinggal janji. – TiraGomez/UtaraNews.com

2 thoughts on “Peningkatan Pengundi Melayu Bakal Ubah Politik P.Pinang Selepas PRU14

  • 21/03/2017 at 10:32 am
    Permalink

    orang melayu tukar alamat mengundi.. yang penting perwakilan umno mesti dihantar ke dewan negeri pulau pinang.. so tinjau-tinjaulah kawasan yang boleh memenangkan umno.

    Reply
  • 21/03/2017 at 10:38 am
    Permalink

    actually tukar alamat mengundi ni universal, tak kira bangsa. orang cina pun dah lama buat kerja tukar alamat mengundi.. sasaran mereka perwakilan dap mesti dihantar ke dewan negeri pulau pinang. inilah yang terjadi bila sistem first-past-the-post digunakan untuk mengisytiharkan calon pemenang dihantar ke dewan undangan. cuba kalau pakai proportional representation.. tak payahlah nak runsing sebab mengundi kat mana pun, kerusi diagihkan ikut undi popular.. parti mana paling banyak undi parti tu yg dpt banyak kerusi.. mcm sekarang ni, pengundi suka tak suka tukar alamat mengundi untuk pastikan suara wakil mereka didengar di dewan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *