Penyeludupan manusia di India meningkat 25 peratus

NEW DELHI, India – India memperlihatkan peningkatan 25 peratus dalam kes-kes penyeludupan manusia yang melibatkan wanita dan kanak-kanak dalam 2016, menurut data yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Tahun lepas terdapat 19,223 mangsa penyeludupan manusia di negara itu berbanding 15,448 dalam 2015, Kementerian Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak India berkata kelmarin.

Negeri di Barat Bengal mengungguli senarai itu dengan 6,672 mangsa, diikuti 3,494 kes di Rajasthan, 1,381 di Tamil Nadu dan 1,238 mangsa di Maharashtra, menurut Biro Rekod Jenayah Kebangsaan.

Kementerian itu juga menyatakan ia kini melaksanakan satu pelan untuk menyelamatkan dan memulihkan mangsa-mangsa penyeludupan bagi tujuan seks komersial.

Mangsa-mangsa penyeludupan manusia sering menerima nasib sebagai peminta sedekah dan pelacur atau bekerja dalam keadaan seperti hamba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *