Pergaulan Bebas Di Tempat Kerja Punca Rumahtangga Retak

21/03/2017 – Kes penceraian dilaporkan memang semakin meningkat, terdapat banyak faktor yang menjadi punca perceraian dan keretakan rumahtangga. Antaranya adalah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang sudah berkahwin, terutamanya di tempat kerja.

Perkongsian seorang lelaki tentang situasi bergurau keterlaluan di antara lelaki dan perempuan yang sebenarnya patut dielakkan. Semoga perkara ini boleh dijadikan pengajaran pada semua pihak.

Sudah hampir enam tahun bekerja dalam industri, sebenarnya terdapat banyak pemerhatian yang telah dilalui olehnya. Terutamanya tentang pergaulan bebas di tempat kerja yang melibatkan suami dan isteri orang. Tidak kira yang muda atau yang sudah tua, pergaulan bebas tanpa batas.

Pertama, bergurau keterlaluan antara lelaki dan perempuan. Benda ni sangat biasa.

“Bergurau, gelak-gelak dan yang paling aku tak berkenan tepuk tampar sentuh-sentuh. Sebelum tu aku nak bagitau yang aku ni seorang lelaki dan aku normal, haha. Maksudnya aku juga ada nafsu dan bila bergurau memang akan rasa seronok. Tapi nafsu itu kalau dirai dan dan dilayan, memang akan merosakkan.

“Aku dah pun berkahwin dan aku tak suka bila ada lelaki yang cuba-cuba bergurau dengan isteri aku. Kalau korang kata aku kolot, jumud atau tak open-minded, aku rasa korang yang ada masalah sebenarnya. Sebagai seorang suami, kau takkan rasa senang bila isteri sendiri dikacau oleh kawan-kawan lelaki apatah lagi orang luar.

“Keterlaluan yang aku maksudkan ialah apabila gurauan itu dah melebihi ‘redline’, contohnya bergurau tentang hal-hal dalam bilik dan hal-hal dalam kain. Bergurau tentang malam jumaat antara lelaki dan perempuan. Masing-masing dah jadi suami dan isteri orang. Pandai-pandailah jaga maruah pasangan,” tulisnya.

Kedua, bila ada jamuan makan, potluck atau berkelah. Waktu ini pasti masing-masing akan pakai baju cantik-cantik. Jangan nak tipu kalau mata tak melilau tengok sana sini. Masa ini la ada yang jadi miang, baik lelaki mahupun perempuan. Peluang yang ada digunakan untuk bergelak ketawa tanpa menjaga batas.

Ketiga, adalah group Whatsapp. Benda yang paling biasa di zaman sekarang. Syarikat pasti ada group whatsapp sendiri. Setiap department ada group sendiri, dalam department ada juga group whatsapp untuk team pula. Tak habis di tempat kerja, dalam group whatsapp pula bergurau.

Kongsi gambar itu dan ini, kongsi gambar selfie lelaki dan perempuan. Sampai ada perempuan yang kongsi gambar tengah selfie buat mulut muncung. Pergaulan ini tanpa batas melainkan diri sendiri yang mengawal.

“Ada beberapa kawan (perempuan) yang aku kenal, malam-malam dia tak layan whatsapp sebab dia pernah kata yang suaminya tak bagi. Itu satu langkah yang sangat wajar. Layan suami jauh lagi baik dari whatsapp kemudian senyum sorang-sorang,” katanya.

Ketiga, adalah mata lelaki. Para perempuan jagalah penampilan dan pergaulan. Lelaki ini ada segelintir yang memang suka tengok ‘barang’ perempuan. Ada yang tengok buah dada, punggung, badan chubby dan sebagainya tidak kira isteri orang atau perempuan bujang. Perempuan patut ada rasa untuk lebih ‘secure’ dan lelaki kena jaga pandangan jangan layan nafsu sangat.

Apapun, jagalah maruah anda sebagai suami dan isteri apabila sudah berkahwin. Balik rumah bermesra dan bersama dengan pasangan, tidak perlu bermesra dengan lelaki atau perempuan lain. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *