Perkongsian Pendapat Mengenai Hijrah Dan Ulama ‘Express’

21/03/2017 – Hijrah itu bukan lah sesuatu yang mudah, berhijrah untuk menjadi yang lebih baik dan terus istiqamah dalam perubahan memerlukan kesabaran dan kesungguhan yang tinggi.

Setiap hamba itu pasti mempunyai perasaan untuk berhijrah dari kejahilan dan kejahatan dan kepada kebaikan dan berilmu pengetahuan.

Seorang pengguna media sosial ada berkongsi pendapat tentang hijrah dan ulama express. Semoga perkongsian ini boleh dijadikan pengajaran untuk semua.

“Isu akhir zaman sekarang ialah hijrah instant dan ulama instant. Saya cuma ingin ketengahkan tentang isu akhir zaman sekarang ni iaitu hijrah instant dan ulamak instant. Pertama, apa saya yang nampak, kita sekarang ini terlalu menyempitkan hijrah dan tidak tahu bezakan antara syiar Islam, sunnah, adat masyarakat arab dan sebagainya.

“Contohnya ramai perempuan hari ini bila sudah berhijrah sahaja, terus nak berniqab, berpurdah atau sebagainya. Bahkan buku-buku tarbiyah, dakwah sentap dan sebagainya juga mempamerkan imej Islam yang macam ni.

“Allah. Terlalu sempit. Teguran saya bukan lah untuk memperlekeh wanita menutup aurat dengan sempurna, tapi niqab/ purdah dah jadi trend pula sekarang. Asal nk bertaubat dan berhijrah saja, terus berpurdah berniqab. Sedangkan perbincangan niqab/purdah itupun khilaf, bukan wajib. Basically, yang wajib itu menutup aurat. Semua ulamak bersepakat tentang hukum menutup aurat wajib sepertimana sudah digariskan panduan menutup aurat dalam Al quran,” tulisnya.

Isu tentang ulama instant pula dapat dilihat dari ‘keyboard warrior’, artis, dan manusia yang baru berhijrah. Cepatnya golongan ini mengeluarkan hukum/kenyataan/fatwa membidas itu salah, ini salah, itu haram dan lain-lain.

Sedangkan dalam soal menjadi mufti/pengeluar hukum/penjatuh hukum ini bukanlah mudah. Perlu mendalami dahulu asas-asas ilmu Al-Quran, hadis, feqah dan usul feqah. Bahagian asas sudah selesai baru boleh beralih pada pengisian yang lebih dalam.

Dalam menuntut ilmu carilah guru, jangan hanya ambil dari buku-buku, google, facebook atau pun internet. Jangan mudah percaya kata-kata yang disampaikan oleh orang yang bukan ahli dalam bidang ilmu.

Dakwah dan amalan Islam tegak dengan dalil. Minta dalil daripada orang yang menyampaikan ilmu. Ada dalil, kaji dalil tersebut jangan terus percaya bulat-bulat. Sebaik-baik berguru dengan ramai guru yang arif dan ahli. Rujuk pada guru atau ulamak yang arif dalam sesuatu disiplin ilmu. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *