Polis berjaya tahan Abang Long kawasan ketika kutip wang perlindungan

Polis menahan dua lelaki kerana melakukan pemerasan terhadap penyelia kontraktor membaiki jalan di Jalan Hospital Sungai Buloh di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintenden Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek berusia 22 dan 23 tahun terbabit ditahan susulan aduan diterima berhubung pemerasan dilakukan suspek terhadap penyelia kontraktor membaiki jalan di kawasan berkenaan pada 1.40 petang.

Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa bersama dua pekerja sedang melakukan penurapan jalan dan didatangi tiga lelaki secara berasingan meminta RM2,000 sebagai perlindungan menjaga kawasan terbabit.

“Susulan itu, mangsa menghubungi rakannya memaklumkan kejadian sebelum dimaklumkan kepada polis.

“Sepasukan anggota dihantar ke lokasi dan mereka berjaya menahan dua suspek menaiki kereta Proton Wira serta motosikal model Honda EX5.

“Pemeriksaan menemui parang dalam tempat simpang barang kereta dipandu seorang suspek dan mereka kini direman untuk siasatan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *