Polis tunggu permohonan Jawi untuk tangkap Raja Bomoh

KUALA LUMPUR – Polis hanya akan menangkap Ibrahim Mat Zin atau Raja Bomoh, sekiranya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) meminta bantuan untuk berbuat demikian.

Perkara itu dinyatakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai respon ketika ditanya berhubung tindakan Ibrahim dalam ritual permbomohannya.

“Jika Jawi mahu kita tangkap dia, kita akan membantu mereka,” katanya.

Pada 12 Mac lalu, Ibrahim dilaporkan melakukan ritual di pantai untuk memagar Malaysia daripada serangan Korea Utara.

Video beliau dan pembantunya melakukan ritual menggunakan meriam buluh untuk menggagalkan ancaman asing atau serangan ke atas negara ini mula bersebar di laman sosial.

Tindakkannya adalah susulan ketegangan politik antara Malaysia dan Korea Utara berikutan pembunuhan abang sebapa pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam, di klia2 pada 13 Februari.

Susulan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dilaporkan memanggil Ibrahim untuk memberi penjelasan berhubung ritual itu.

Bagaimanapun, Ibrahim dilaporkan tidak hadir dan mengabaikan arahan Jakim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *