Raffi Ahmad nafi hubungan cinta dengan Ayu Ting Ting

Percutian selebriti terkenal Indonesia, Raffi Ahmad bersama isteri dan anak mereka ke Bali baru-baru ini mencetuskan tanda tanya mengenai status rumah tangganya yang dikatakan sedang berhadapan masalah.

Namun jelas Raffi, tiada apa yang pelik mengenai kunjungannya ke pulau peranginan itu bersama isteri, Nagita Slavina dan anak mereka Rafathar Malik Ahmad.

“Kebetulan ada urusan kerja, sambil bekerja kami terus bercuti,” ujar Raffi seperti yang dilaporkan hot.detik.

Ketika ditanya sama ada percutian itu bertujuan memulihkan isu rumah tangganya selepas dikaitkan dengan gosip hubungan istimewa dengan penyanyi dangdut Ayu Ting Ting, Raffi segera menepis.

“Tidaklah, siapa yang buat isu ini? Saya tak tahu daripada mana,” katanya.

Tambah Raffi dia hairan mengapa kemesraannya dengan isteri seperti yang sering dipaparkan di Instagram sering menimbulkan prasangka buruk netizen.

“Saya dan Gigi (Nagita) baik-baik sahaja. Saya sendiri sudah kebal dengan gosip.

“Paling penting kerja saya lancar dan keluarga juga baik,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *