Rafizi Hanya Pandai Mengarut Dan Hasut Rakyat Benci Najib

15/03/2017 – Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli terus menerus menghasut rakyat supaya membenci Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Malah, Rafizi juga pandai mengarut apabila mendakwa Najib merupakan “champion of champions”.

Padahal Rafizi sendiri tak sedar bahawa dirilah yang merupakan “champion of champions” dalam fitnah memfitnah. Akibat terlalu taksub memfitnah, Rafizi sekali lagi keluarkan cerita baru apabila menyentuh tentang perbelanjaan pendapatan petroleum Malaysia.

Katanya Najib ni dah belanjakan RM376 bilion pendapatan petroleum negara dalam tempoh 2009 hingga 2016, dengan purata sebanyak RM54 bilion setahun. Ujarnya, Pak Lah pula membelanjakan RM204 bilion pendapatan petroleum, atau RM41 bilion setiap tahun dari 2003 hingga 2009. Tetapi Pak Lah ambil alih negara pada tahun 2004.

Sementara Mahathir pula ‘hanya menghabiskan’ RM163 bilion atau purata RM8 bilion setahun selama 22 tahun menjadi perdana menteri. Jadi disini Rafizi nak tuduh yang Najib paling boros dan banyak habiskan pendapatan petroleum.

Padahal Rafizi tak sentuh pun pasal kadar inflasi atau perubahan kadar mata wang mengikut peredaran masa dan perubahan ekonomi. Zaman Mahathir dulu boleh la semuanya murah dan kadar mata wang tinggi.

Lepas tu Rafizi juga tak sebut pasal faktor kos pengeluaran yang semakin tahun semakin meningkat kerana penghasilan minyak berkos lebih rendah berhampiran pantai atau pedalaman sudah tidak ada lagi.

Disebabkan tu, sekarang ini kita perlu meneroka luar pesisir atau pelantar laut dalam yang lebih mahal. Kerana itu ia menelan kos yang sangat tinggi, kalau bab-bab yang tu kenapa Rafizi tidak dedahkan dengan terperinci? Kenapa sekerat jalan je?

Habis tu kenapa Rafizi tidak dedahkan sekali tentang pemberian subsidi yang pastinya sepuluh kali ganda lebih banyak diberikan pada zaman Najib jika hendak dibandingkan pada zaman Mahathir?

Rafizi hanya tahu memburukkan dan memfitnah perdana menteri, malah langsung tidak serik untuk menghasut rakyat agar membenci pemimpin nombor satu negara. Padahal Najib telah membelanjakan hasil tambahan pendapatan minyak yang diperolehi kembali kepada rakyat kerana bil subsidi yang lebih tinggi.

Hanya keburukan yang dicipta sendiri oleh Rafizi sahaja yang didedahkannya, padahal keburukan Mahathir yang mengenakan cukai petrol selama 22 tahun pada 58.62 sen seliter walaupun harga minyak adalah murah ketika itu, takde pulak dia nak heboh pada rakyat.

Rafizi sengaja nak mengelirukan rakyat apabila tidak menyatakan maklumat dan fakta yang lengkap, malah gemar untuk mencipta dan menambah cerita mengarut bagi menyemai kebencian rakyat terhadap perdana menteri.

Paling kelakar bila sebelum ini Rafizi mendesak kerajaan untuk hapuskan subsidi, tapi kali ini Rafizi buat pusingan U dan meminta Kerajaan supaya memberi subsidi petrol semula walaupun seluruh dunia bergerak ke arah tidak lagi memberi subsidi menyeluruh. – TiraGomez/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *