Rafizi Mengaku Hasut Rakyat Supaya Pakatan Jadi Kerajaan

07/03/2017 – Penganalisis politik Lim Sian See berpandangan tidak hairanlah bahawa bekas Naib Presiden PKR Rafizi Ramli kini cuba menghasut rakyat menggunakan isu penepatan harga petrol setiap minggu berbanding setiap bulan.

Ini kerana Rafizi sebelum ini pernah mengakui bahawa tugas pembangkang adalah menghasut rakyat supaya menentang setiap keputusan oleh kerajaan.

“Dulupun dia kata harga petrol naik bebankan rakyat. Tetapi pada masa harga petrol terus menurun, dia kata bebankan pengusaha stesen petrol.

“Dulu kata nak kerajaan tetapkan petrol setiap minggu. Sekarang dia kata kerajaan mahu tetapkan petrol setiap minggu sebagai kerajaan cuci tangan harga petrol,” katanya dipetik kenyataan di Facebook beliau.

Rafizi menyatakan antara strategi yang digunakan selain menyerang ketua kerajaan iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor juga menjadi sasaran pembangkang.

“Tugas kita ialah menghasut. Kita hasut rakyat tiap-tiap hari suruh buang UMNO dan Barisan Nasional (BN). Memang betul, nak menang jadi kerajaan memang tugas kita kena menghasut.

“Kita juga hasut Tun Mahathir dan menteri-menterinya. Apa yang kita buat sekarang ini bukannya seolah-olah ianya permainan politik. Mereka tidak nampak usaha kita bertahun-tahun untuk melemahkan UMNO dan Barisan Nasional.

“Sekarang ini harga rambut Rosmah pun jadi isu,” kata Rafizi yang dipetik menerusi video ucapannya pada September tahun lepas.

Dalam pada itu, Sian See turut memuatnaik kenyataan Rafizi pada tahun Januari 2015 yang mendakwa harga petrol dan diesel perlu ditetapkan setiap minggu bagi mengelak pengusaha pam minyak gulung tikar.

Namun, setelah kerajaan mengumumkan untuk melaksanakan sistem penepatan harga bahan bakar setiap minggu, Rafizi pula mendakwa ianya membebankan rakyat disamping usaha kerajaan untuk ‘cuci tangan’ diatas kenaikan harga minyak.

“Tugas pembangkang Malaysia adalah bangkang apa saja kerajaan buat sampai sendiri masuk longkang.

“Kawan!! Harga minyak Malaysia 15 termurah antara 180 negara di dunia. Harga purata petrol dunia ialah RM4.45 seliter.

Kita RM2.30 je. Berapa murah lagi Rafizi mahu harga petrol sebelum Rafizi puas hati?” soal Lim Sian See kepada Ahli Parlimen Pandan berkenaan.

Tambah beliau lagi, pembangkang kini menggunakan pendekatan membenci institusi kerajaan kerana kononnya diterajui oleh pemimpin-pemimpin politik yang korup bersandarkan kes-kes tertentu, walaupun kebanyakkannya belum dimuktamadkan siasatannya.

Sian See mengingatkan Rafizi perlu jujur dan jangan ‘mabuk’ dengan kehebatan berdebatnya dan seharusnya memperbetulkan tingkah laku pemimpin-pemimpin dari partinya sendiri.

“Soalnya, beranikah Rafizi mengingatkan Azmin bahawa sebelum menyerang projek Forest City di Johor, sebenarnya kerajaan Pakatan Rakyat/Harapan sendiri sudah “mempelawa warga asing” menguasai pemilikan hartanah di kawasan majoriti Melayu?

“Alhamdulillah, Rafizi sudah akur bahawa taktik kempen politik mereka sudah tersasar dan orang Melayu tidaklah naif berhubung isu politik dan masa depan bangsa mereka,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *