Rakyat Malaysia hanya kenal K-pop berbanding budaya Korea yang lain

Korea Selatan kini semakin dikenali melalui budaya Korean Pop (Kpop) yang semakin menular di kalangan orang ramai khususnya anak muda.

Pengarah Keselamatan dan Pentadbiran Bandar Raya Hanam, Kim Jae-youn menyatakan rasa terkejutnya apabila melihat bagaimana budaya kpop ini sangat berkembang di Malaysia.

“Walaupun Korea Selatan ini sangat kaya dengan sejarah dan budayanya namun orang ramai kini lebih mengenali negara itu melalui Kpop.

“Saya amat terkejut apabila tiba di sini, orang lebih tahu mengenai sesuatu kumpulan itu lebih dari saya sendiri namun begitu ini merupakan salah satu cara untuk mempromosikan Korea Selatan,” katanya ketika ditemui di Kumpulan Media Karangkraf.

Seramai sembilan orang delegasi daripada Bandar Raya Hanam datang melawat ke sini kesinambungan daripada perjanjian persefahaman yang ditandatangani daripada kedua-dua pihak.

Perjanjian tersebut merupakan kerjasama khususnya dalam bidang pembangunan, teknologi dan maklumat serta pendidikan serta salah satu inisiatif untuk menjadikan Shah Alam antara bandar raya bertaraf dunia.

Tambahnya Jae-youn lagi, beliau juga turut suka dengan cara di Malaysia di mana rakyatnya sangat relaks.

“Jika di Korea Selatan, rakyatnya sentiasa sibuk dan segalanya ingin cepat namun di sini sangat relaks dan aman serta makanannya kena dengan lidah saya.

“Saya juga suka melihat keadaan di sini yang penuh dengan tumbuhan-tumbuhan hijau, semuanya teratur dan kemas memberikan gambaran yang menarik membuatkan saya ingin datang lagi ke Malaysia,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *