Ramai Pelajar Melayu Di IPTA Mudah Lupa Diri

21/03/2017 – Pelajar Melayu ini bukan tidak pandai, cuma malas dan rajin sahaja menentukan semua perkara. Di IPTA memang sudah ramai pelajar melayu yang diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran walaupun boleh dikatakan ramai juga pelajar yang tercicir masa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sudah diberi peluang dan ruang untuk sambung belajar. Ramai sebenarnya pelajar IPTA yang tidak reti bersyukur dan mudah lupa diri. Rezeki yang telah diberikan oleh Allah tidak dimanfaatkan dengan baik. Ada yang mahu menyambung pelajaran tetapi tidak dapat peluang untuk masuk IPTA, walaupun keputusan SPM baik.

Tetapi, ada pelajar yang diberi peluang menyambung pejaran di IPTA tidak mahu sedar diri pula. Seteruk mana pun keputusan semasa SPM itu semua perkara yang dah lepas, sekarang inilah masanya pelajar perlu berusaha sebaik mungkin. Benda ini tidak boleh diubah jika diri sendiri tidak mengubah. Seorang wanita telah menasihati semua pelajar supaya tidak mudah lupa diri, jangan jadikan keputusan SPM yang gagal membuatkan keputusan semasa di IPTA juga akan gagal, ubah semua itu.

Pelajar sekarang apabila diberi peluang belajar di IPTA tidak sedar diri, berseronok sahaja. Study week sahaja pelajar tidur, malah ada yang keluar ke sana sini. Kalau tidak belajar esok ada ‘paper’ baru nak bangun tahajud di malam sunyi.

“Dek, akak ni pun berjoli juga dan akak ni pun ada saja overnight waktu study week. Tapi tak adalah sampai lupa diri yang akak ni pun antara golongan yang tercicir SPM, tapi akak study saja. Akak tahu akak jenis lembab, akak study awal. Agak-agak dah yakin sikit, take a break pergi lah buang masa buang duit kejap. Kalau tak gila pulak jadinya 24 jam study.

“Yang engkau ni akak tengok. Hidup tenang sangat pun tak boleh jugak. SPM lain dek, zaman universiti lain. Kau tak struggle masa U, kau jangan berangan lah nak kerja. Hatta sebagai kerani pun. Zaman sekarang ni kerja kerani pun nak kurang2 pointer 3.3 ke atas tau.

“Bawa lah sedar diri, kita ni orang melayu. Kita ni asal dari budak-budak yang tercicir SPM. Bangun lah dek, sedar diri sikit. Sudah-sudah lah berjoli sana sini. Orang ke sana engkau ke sana. Masa study week ni lah pulun study. Esok-esok kau fail takde orang nak tolong pun melainkan diri sendiri. Dah lah. Pesanan terakhir dari seorang budak yang pernah tercicir SPM, sedar diri lah dek. Kita takde apa kalau tak ubah diri kita. Study lah selagi ada masa. Masa dalam dewan baru nak menyesal tak guna,” tulisnya.

Tidak salah pun jika berusaha untuk kebaikan diri sendiri dan tidak ada salah untuk berseronok semasa belajar. Tetapi, kena ada batas untuk berseronok, waktu belajar tumpukan perhatian pada belajar, jangan setiap masa hanya mahu berseronok. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *