Rasuah atau ‘Duit Kopi’ jadi lumrah di Asia.

BANGKOK: Kira-kira 900 juta penduduk Asia dilaporkan terpaksa memberi rasuah atau ‘duit kopi’ untuk berurusan de­ngan perkhidmatan awam sejak tahun lalu.

Transparency-International yang berpusat di Berlin, Jerman dalam kajiannya mendakwa, penduduk berkenaan juga terpaksa berbuat demikian sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 12 bulan yang lalu.

India dan Vietnam menduduki tangga teratas dalam jumlah kes jenayah rasuah dengan dua pertiga daripada responden berkata, mereka terpaksa berbuat demikian supaya mudah mendapat perkhidmatan asas seperti pendidikan dan kesihatan awam.

Jepun, Korea Selatan, Hong Kong dan Australia dilaporkan mempunyai kadar jenayah rasuah yang paling rendah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *