Remaja ugut nak bunuh ibu bapa sendiri ditahan Polis

MIRI: Polis menahan remaja lelaki berusia 15 tahun selepas didakwa mengugut untuk membunuh bapanya ketika kedua-duanya terbabit dalam pergaduhan.

Remaja yang tidak lagi bersekolah itu ditahan selepas bapanya membuat laporan polis kerana bimbang anaknya akan mencederakannya.

Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Khoo Leng Huat mengesahkan perintah reman ke atas remaja itu telah diperoleh.

“Budak lelaki itu mengamuk setiap kali bergaduh dengan ahli keluarganya,” katanya.

Leng Huat berkata, dalam pergaduhan terbaru pada Rabu, remaja itu sekali lagi bertindak ganas apabila mengugut untuk membunuh bapanya.

Dalam perkembangan lain, polis menahan remaja lelaki berusia 19 tahun kerana didakwa merogol gadis berusia 15 tahun ketika mereka keluar bersama.

Leng Huat berkata, remaja perempuan itu mendakwa lelaki itu membawanya ke sebuah rumah kosong dan merogolnya.

Remaja perempuan itu juga mendakwa dikasari lelaki itu.

Leng Huat berkata, polis telah menahan remaja lelaki itu di sebuah pusat komersial pada Rabu dan kini ditahan reman kerana merogol gadis bawah umur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *