Rumah Terbakar, Seorang Lelaki Rentung

TELUPID – Seorang lelaki rentung selepas rumah didiaminya musnah dalam kebakaran di Kampung Telupid, Jalan Gembarun 2, dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa, Edmend Tedy, 18, dipercayai terperangkap dalam rumah berkenaan dan mayatnya ditemui sebaik api dipadamkan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 2.11 pagi sebelum menghantar sepasukan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba Kinabatangan ke lokasi.

Katanya, jarak lokasi yang jauh iaitu 101 kilometer dari balai menyebabkan bomba hanya tiba di lokasi pada jam 3.32 pagi.

“Api dapat dikawal pada jam 3.47 pagi dan operasi tamat pada jam 6.54 pagi.

“Punca kebakaran serta anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi. – bh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *