Sakitnya Hati Apabila Difitnah Kakak Kandung Sendiri

21/03/2017 – Kaki terhantuk pada batu pasti menyebabkan rasa sakit, begitu jugalah sakitnya bila hati ini didera atau telah menjadi mangsa fitnah orang lain. Walaupun tidak dapat melihat luka berdarah pada hati akibat difitnah, tapi sakit itu boleh bertukar menjadi dendam.

Jika, individu yang menaburkan fitnah itu pula adalah darah daging sendiri, pasti sakit itu tidak lagi dapat digambarkan. Seseorang insan yang kita percaya dan tempat meluahkan perasaan telah menikam kita dari belakang dan menaburkan fitnah.

Seorang wanita telah berkongsi pengalaman dan berharap kisahnya ini boleh dijadikan pengajaran dalam hidup. Tidak semua orang kita boleh percaya, termasuk ahli keluarga sendiri.

Wanita ini berasal dari Perlis dan dikenali sebagai F. Fitnah yang dilakukan oleh kakak kandung sendiri apabila F telah dapat menyambung pelajaran di sebuah universiti tempatan. Mungkin kerana faktor cemburu dan iri hati dengan kejayaan F, kakaknya mula menabur pelbagai fitnah.

Dalam keluarga, F boleh dikatakan paling berjaya kerana dapat melanjutkan pelajaran ke tahap universiti berbanding adik beradik yang lain. Kakaknya mula menabur fitnah mendakwa F sudah semakin liar sejak sambung belajar. Pergaulan bebas antara lelaki dan seperti sudah tidak tahu halal dan haram.

“Dia cakap dekat mak aku aku sejak-sejak sambung belajar ni jadi makin liar, keluar dengan kawan laki. Memang aku keluar dengan kawan laki tapi ramai-ramai kot 7 girls 2 boys kitaorang keluar sekali. Tu pun keluar bukan pergi enjoy saja-saja, kitaorang keluar sebab kena buat projek kat luar. Lepas habis projek kitaorang pergi jalan-jalan pantai lepak makan kejap.

“Aku ni jenis yang jarang keluar kalau tak ada benda penting. Kak aku tahu pasal ni masa aku balik cuti sem kak aku ambil fon aku buat spotcheck dia nampak ada boys dalam gambar (gambar ramai-ramai 7 girls 2 boys) mula la dia cakap kat mak aku aku ni dah pandai keluar dengan laki. Aku ni memang tak pernah keluar dengan laki masa sekolah dulu. Sebab tu la kak aku kata aku bila dah makin jauh dengan rumah dah pandai buat perangai. Pastu aku sekarang tengah berkawan dengan sorang laki ni budak satu u dengan aku.

“Masa balik cuti sem haritu jugak la kak aku nampak aku ws dengan A ni. Pastu dia mula la bising satu rumah cakap aku ni dah pandai menggatal sejak-sejak duk jauh ni. Pastu dia tahu yang si A ni satu u dengan aku dia pun cakap la kat parent aku elok la satu u nanti senang la nak pi dating pastu mula la buat benda tak elok. Yang ni paling aku sedih. Aku tau la aku ni bukan budak sekolah agama tapi halal haram tu aku tau lagi kot nak beza.

“Aku tak bodoh la nak serah diri aku dekat mana-mana lelaki pun. Aku waras lagi dan untuk pengetahuan korang semua aku dengan A tak pernah keluar dating sekali pun sebab kitaorang dah janji nak kawan saja tak nak dating-dating bagai kalau ada jodoh lepas habis degree kahwin,” tulisnya.

Sebenarnya kakaknya telah pun berkahwin dan mempunyai tiga orang cahaya mata. Semasa berada di rumah ibu bapanya untuk berpantang, kakaknya mula menfitnah F macam-macam sehingga menyebabkan ibu bapanya sendiri sudah tidak mempercayakan F.

Sehingga kini setiap kali cuti sem pelbagai alasan yang diberikan F untuk tidak pula ke kampung. Sebabkan terlampau sakit hati dengan sikap kakaknya itu. Sepatutnya kakak menjadi pelindung untuk adik bukan menjadi musuh untuk adik sendiri.

Melihat adik berjaya sepatutnya dijadikan sebagai satu perkara yang menggembirakan bukannya melihat perkara itu sebagai satu perkara yang perlu timbul rasa iri hati. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *