Saya Tak Pernah Buat Kenyataan Itu – Hadi Awang

CYBERJAYA – Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang menafikan beliau pernah mengeluarkan kenyataan yang hanya mahu partinya menguasai negeri tertentu selepas PRU14.

Katanya, dakwaan yang mengatakan beliau pernah mengeluarkan kenyataan kononnya Pas hanya perlu memerintah di lima negeri adalah fitnah ke atas dirinya semata-mata.

“Saya tak pernah buat kenyataan itu…benda akan datang kita tak tahu, tiga negeri, 10 negeri, satu negeri itu keputusan pilihan raya kita boleh buat keputusan sebelum pilihan raya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Profesional Malaysia, di sini,hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata apa yang penting dalam pilihan raya nanti Pas meletakkan sasaran untuk mencapai 40 kerusi.

“Cuma dasar Pas mahu capai 40 kerusi,” katanya.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan, sebuah rakaman video Abdul Hadi berdurasi 55 saat mendakwa negeri-negeri lain biarlah dikuasai Umno-BN menjadi tular. – sh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *