Sebatang Pokok Sua dilelong dengan harga RM 4.9juta

HANOI – Seorang ahli perniagaan Vietnam sanggup membayar AS$1.1 juta (RM4.9 juta) semata-mata untuk memiliki sebatang pokok sua yang jarang ditemukan, dalam acara lelongan dekat sini baru-baru ini.

Agensi berita Thanh Nien mela­porkan, ahli perniagaan yang enggan dikenali itu sanggup membayar harga tersebut kerana nilainya yang dikatakan berlipat kali ganda.

Nilainya di Vietnam sama se­perti emas kerana produk yang diperbuat daripada kayu pokok itu amat berharga.

Pokok sua merupakan antara tumbuhan yang disenaraikan terancam di Vietnam kerana kebanyakannya telah ditebang oleh pembalak haram.

Kayu pokok sua atau nama saintifiknya Dalbergia Tonkinensis Prain telah lama diharamkan daripada jualan komersial di Vietnam walaupun lelongan pihak swasta masih lagi dibenarkan.

Perabot yang diperbuat daripada kayu itu sebenarnya mendapat permintaan tinggi di luar negara khususnya China.

Sehingga kini, para saintis tidak dapat memberikan jawapan sebenar mengapa kayu pokok itu sangat bernilai dan mahal. – DPA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *