Selepas 8 Tahun DAP Memerintah, Apa Yang Boleh Rakyat Pulau Pinang Banggakan?

16/03/17 – Sudah lapan tahun parti cauvinis DAP memerintah Pulau Pinang, namun begitu sehingga hari ini apakah pengorbanan yang telah dilakukan kerajaan negeri terhadap kebajikan dan sumbangan terhadap rakyat?

Rasanya tak terjawab rakyat Pulau Pinang jika mereka disoalkan mengenai perkara tersebut. Mungkin hari ini rakyat negeri itu hanya mampu berbangga kerana DAP telah menghadiahkan rumah mampu tengok kepada golongan berpendapatan rendah.

Bukan itu sahaja, rakyat juga pasti berbangga kerana Ketua Menteri mereka, Lim Guan Eng terlibat dengan kontroversi rasuah pembelian rumah banglo dan penyalahgunaan kuasa. Mungkin juga rakyat negeri itu boleh berbangga dengan kos terowong dasar laut yang sangat mahal dan tidak logik.

Akibat mahu menutup segala kegagalan kerajaan DAP Pulau Pinang tersebut, mereka kini semakin terdesak apabila semakin agresif cuba untuk memanipulasikan segala isu berkaitan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pembangkang terutama sekali DAP sanggup mengeksploitasikan segala isu bagi menampakkan BN buruk di mata rakyat, memandangkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) semakin hampir jadi DAP semakin giat menjalankan kerja memfitnah.

Pantang je ada peluang pasti DAP akan menyerang dan menghentam, walaupun perkara yang dilakukan mereka itu menunjukkan kebodohan mereka sendiri. Korang nilai jela bagaimana pembangkang terlalu terdesak sehingga mereka cerita mengenai lawatan Raja Arab Saudi baru-baru ini.

Boleh pulak dorang mainkan semula skrip bertahun-tahun yang lalu berkenaan 1MDB walaupun sudah berkali-kali penerangan dibuat. DAP hanya tahu mencari kesalahan orang lain dan memburukkan musuh politiknya.

Padahal dorang sendiri lupa bahawa kerajaan mereka sendiri tidak pernah melakukan sebarang sumbangan yang mampu dibanggakan oleh rakyat mereka sendiri. Sibuk memburukkan kerajaan pusat pimpinan BN sedangkan negeri pimpinan mereka hanya membela satu bangsa.

Oleh demikian, rakyat sepatutnya buka mata dan lihat apa pengorbanan yang telah dilakukan oleh puak pembangkang sepanjang pemerintahan mereka selama bertahun-tahun. Berbaloikah untuk rakyat banggakan? Atau hanya menconteng arang ke muka rakyat? – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *