Semenanjung Gaza dibedil oleh Jet Regim Israel

TEBING BARAT – Pesawat pejuang rejim Israel sekali lagi melancarkan beberapa serangan udara di pelbagai lokasi di seluruh Semenanjung Gaza.

Menurut al-Aqsa TV, jet-jet pejuang Israel menyasarkan kawasan di sebelah barat Dayr al-Balah di tengah Semenanjung Gaza dan tanah pertanian di timur bandar Gaza, pada awal pagi ini.

Dilaporkan, jet jenis F16 rejim itu turut melancarkan serangan di kawasan Shejaiya sehingga menyebabkan gangguan bekalan elektrik di seluruh rantau itu.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan disebabkan oleh serangan rejim berkenaan.

Sejak kebelakangan ini, Israel dilapor kerap melakukan serangan bom di Semenanjung Gaza, dengan menyasarkan orang awam.

Malah rejim berkenaan sebelum ini telah melancarkan beberapa peperangan dengan Palestin bermula Julai 2014 sehingga membunuh hampir 2,200 rakyat negara itu dan menyebabkan lebih 11,000 yang lain cedera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *