Sikap Anak- Anak Di Sekolah Pengaruh Dari Sikap Ibu Bapa Sendiri

17/03/2017 – Ibu bapa tugasnya sangat besar dalam membesarkan anak-anak.Tetapi, ibu bapa masa kini terlalu mengambil mudah tentang penjagaan anak mereka dan melepaskan tanggungjawab membimbing anak-anak 100% pada guru.

Ramai ibu bapa yang tidak sedar, sikap anak-anak itu terbentuk hasil daripada sikap ibu bapa sendiri. Jika baik sikap ibu bapa itu baik juga anak-anak mereka.

Jika ibu bapa mempersoal sikap anak-anak meraka tidak baik, itu bermakna sikap ibu bapa itu sendiri tidak baik. Tidak perlu menuding jari cuba menyalahkan orang lain jika anak-anak gagal untuk menjadi manusia yang berguna.

Anak-anak itu ibarat kain putih, tugas ibu bapa yang mencorakkan anak-anak itu. Seorang guru berkongsi pendapat sikap buruk anak-anak sebenarnya dibentuk oleh ibu bapa itu sendiri.

Baru-baru ini, ramai pelajar telah mengambil keputusan SPM 2016, tetapi di sekolah guru ini tidak ramai pelajar yang mendapat keputusan SPM yang baik. Disebabkan hal itu, ibu bapa seperti mula menuding jari menyalahkan guru kerana tidak mengajar anak-anak mereka dengan baik.

“Terdapat segelintir ibu bapa yang update status di FB meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap sekolah saya dan beliau juga menyatakan keputusan sekolah ini agak memalukan. Beliau juga turut menyatakan supaya guru-guru sekolah ini membuang sikap ego para guru dalam mendidik anak beliau.

“Dekat sini saya cuma nak kongsikan bagaimana sikap anak-anak anda di sekolah ini dan saya rasa sikap ini dari sikap anda sendiri. Sekolah ini mempunyai pelajar-pelajar yang pintar, aktif, dan disiplin yang baik? TIDAK!

“Hanya segelintir sahaja yang bagus dan berdisiplin. Boleh dikira tanpa menggunakan kalkulator! Ramai disini hanya anak-anak yang berlagak disebabkan passion parents lebih bagus daripada kerja seorang guru. Sikap hormat pelajar secara tidak langsung hilang terhadap guru.

“Melanggar peraturan sekolah contohnya membawa “smartphone” ke sekolah terlalu ramai. Ibarat mendapat sokongan daripada Ibu bapa. Saya percaya Ibu bapa tahu membawa smartphone tanpa kebenaran adalah salah. Namun sikap tutup mata ibu bapa demi anak-anak tersayang, mereka membenarkan anak-anak mereka membawanya secara HARAM!

“Adakah ini juga salah seorang guru? Masalah kecil sebeginilah yang akan terus menjadikan anak anda untuk melanggar peraturan-peraturan yang lain.

“Di sekolah saya, diwajibkan untuk lelaki sembahyang secara berjemaah di surau untuk setiap waktu. Sekiranya ada pelajar yang tidak turun surau akan kami kenakan denda terhadap pelajar terbabit.

“Kami sebagai pendidik ingin mendidik pelajar-pelajar supaya mementingkan solat jemaah dan main point kami adalah solat adalah penting baru lah akademik akan bagus. “agama nombor satu, akademik bukanlah nombor dua”.

“Tapi, ada segelintir Ibu bapa yang kerjayanya lebih bagus daripada guru membantah apabila anak-anak nya di hukum. Kami sebagai guru disini agak terkejut dan hilang semangat untuk terus mendidik anak bangsa. Saya turut bimbang untuk generasi akan datang jika ibu bapa terus bersikap sebegini,” tulisnya.

Sedarlah wahai ibu bapa, sikap anda yang terlalu manjakan anak-anak akan merosakkan masa depan mereka. Kembalikan kuasa seorang guru untuk mendidik pelajar dan berhentilah campur tangan dalam kerja seorang guru. Guru tahu apa yang terbaik untuk pelajar mereka, tiada guru yang ingin melihat pelajar mereka gagal dalam pelajaran. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *