Siti Hasmah Pun Pernah Lancarkan Kapal Perang Milik TLDM

21/03/17 – Heboh dilaman media sosial apabila isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor merasmikan sebuah Kapal Peronda Generasi Baru (NGPC) yang diberi nama ‘KM Bagan Datuk’.

Kapal tersebut adalah milik terbaru Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Apa yang mnejadi kontroversinya adalah, kenapa DS Rosmah yang melancarkannya dan bukannya Datuk Seri Najib Razak selaku ketua negara?

Itu antara modal utama pembangkang untuk menghentam DS Rosmah. Persoalannya kenapa ketika isteri Perdana Menteri pada kali ini berbuat demikian, ianya dikritik hebat oleh puak-puak pembangkang?

Sedangkan ketika seorang wanita bernama Tun Dr Siti Hasmah yang pernah bergelar sebagai isteri Perdana Menteri kepada Tun Dr Mahathir Mohamad ketika lelaki nyanyuk itu memegang jawatan tersebut dan pernah melancarkan kapal perang, takde pulak dorang nak meroyan.

Dr Siti Hasmah yang merupakan isteri Perdana Menteri pada ketika 22 tahun Mahathir memegang jawatan tersebut pernah melancarkan sebuah kapal latihan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) bernama ‘Gagah Samudera’.

Tapi takde pulak puak-puak pembangkang ni nak kena histeria…, Sekarang ni bila DS Rosmah yang berada ditempat tersebut, pembangkang bagaikan dirasuk hantu dan dakwa kononnya wanita itu telah merampas jawatan Perdana Menteri milik suaminya.

Untuk pengetahuan kaum pembangkang dan para tentera macai pembangkang, sebenarnya tradisi perlancaran kapal oleh kaum wanita ini telah bermula sejak kurun ke-18 oleh Royal Navy. Ianya dimulakan oleh House of Hanover, iaitu keluarga yang memerintah England.

Masa tu dorang diminta untuk sponsor sebuah kapal perang, jadi disebabkan dorang yang taja so mereka memilih Puteri Raja untuk melancarkan kapal yang digelar sebagai Sponsor (Penaja).

Haaaa… Dari situ bermulalah perlancaran oleh kaum wanita… Korang jangan cakap pulak yang kapal perang DS Rosmah lancarkan tu bukan dia yang sponsor jadi untuk apa dia yang lancarkan.

Hahaha.. Itu bangang namanya, kalau dah nama tradisi tak kisah la siapa yang hadiahkan. Jangan jadi dungu sangat sebab kapal yang Dr Siti Hasmah lancarkan tu pun bukan dia yang sponsor tau.

Sekarang ini hampir kesemua negara di seluruh dunia menggunakan ikon wanita sebagai penggalas kepada tugas untuk melancarkan kapal-kapal perangnya, terutamanya negara-negara Komanwel yang mana Malaysia adalah salah satu anggota negara Komanwel.

Jadi disebabkan itu la DS Rosmah yang melancarkan dan menjadi Penaja bagi ‘KM Bagan Datuk’ dan bukannya Najib Razak. Sama jugak macam Dr Siti Hasmah yang melancarkan kapal perang milik TLDM. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *