Status pengharaman import daging dari Brazil ditarik semula oleh China

RIO DE JANEIRO – China telah menarik semula status pengharaman mengimport daging dari Brazil berkuat kuasa semalam.

Minggu lalu, China telah membuat bantahan untuk mengimport daging dari Brazil kerana dikatakan daging yang diterima busuk dan tercemar.

Sejurus menerima berita tersebut, kerajaan Brazil di bawah Kementerian Pertaniannya telah membuat siasatan berhubung kes berkenaan.

Memetik laporan Reuters, Menteri Pertanian Brazil, Blairo Maggi bagaimanapun mengesahkan tidak berlaku pencemaran terhadap daging import mereka namun akan terus melakukan pemantauan.

Langkah China menarik semula larangan tersebut memberi peluang kepada Brazil untuk terus memberi peluang kepada negara itu memperkukuh ekonomi Brazil.

Ini kerana, daging eksport merupakan yang ketiga terbesar di Brazil, selepas soya dan bijih besi.

China dan Chile merupakan dua negara dagangan tersebar yang berurus niaga khususnya untuk daging babi.

Pada 20 Mac lalu, China telah mengeluarkan kenyataan berhenti serta-merta mengimport daging dari Brazil berikutan terdapat pencemaran pada daging.

Walaupun larangan telah ditarik, dua sumber di China mengesahkan masih terdapat satu kilang di Siera, Brazil kekal tidak diterima untuk masuk ke China kerana dikatakan daging dari situ telah tercemar.

Maggi berkata, biarpun satu kilang telah diharamkan, usaha sama masih diteruskan kerana masih terhadap 21 kilang pembekal lagi yang akan terus mengeksport dan pihaknya akan memastikan tidak berlaku sebarang pencemaran terhadap daging-daging tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *