Suami Itu Ibarat Ladang Pahala Buat Isteri

21/03/2017 – ‘Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah’. Sebagai seorang isteri, suami adalah ladang yang subur untuk meraih syurga Allah. Maka manfaatlah sebaik-baiknya ‘ladang’ itu.

Insan yang bernama isteri, jarang untuk sedar tentang pengorbanan seorang suami. Sebagai seorang isteri, pasti merasakan hanya mereka yang menunjukkan rasa cinta dan sayang.

Tetapi, sebenarnya suami juga telah banyak berkorban untuk isteri. Suami juga ada tunjuk rasa sayang dan cinta pada isteri tetapi dalam cara yang berbeza.

Seorang wanita berkongsikan cerita apabila hatinya agak terusik bila mendengar kata-kata dari suaminya. Tidak ada suami yang tidak mahu melihat isterinya bahagia. Hargailah suami anda, diberi suami yang baik itu sebenarnya juga adalah rezeki.

“Semuanya bermula bila aku sengaja mengusik suami aku tentang hari jadi aku dalam beberapa hari sahaja lagi. Aku sengaja usik “Abang, teringin nak tu. Teringin nak ni”. Sedangkan aku takde lah nak sangat barang yang diidamkan tu.

“Masa tu aku tengah duduk atas katil. Tetiba suami aku tundukkan lutut dia depan aku kemudian genggam tangan aku.

“Kalau lah abang banyak duit, macam-macam abang nak bagi pada sayang. Dalam keadaan sekarang, apalah agaknya abang boleh bagi sayang hadiah ye..hmm..” Lepas tu dia usap rambut dan pipi aku.

“Masa tu terus aku rasa macam serba salah dan berdosa dengan suami aku. Aku rasa macam dah bebankan dia untuk fikirkan apa nak bagi untuk hari jadi aku. Terus aku menangis depan dia (ye aku emotional dan aku senang tersentuh).

“Terus aku mintak maaf sebab aku betul2 takde niat. Aku faham keadaan duit sekarang tak berapa nak memberangsangkan. Kami baru pindah rumah sewa. Dia pun sekarang tengah berusaha cari kerja yang lebih bagus. Lepas aku mintak maaf dia terus senyum dan peluk aku untuk tenangkan aku semula,” ujarnya.

Sebenarnya ‘suami’ juga adalah hadiah yang tidak ternilai yang isteri telah dapat. Hargailah dan kasihi suami anda, berapa ramai perempuan bujang di luar sana masih mencari calon suami. Ramai isteri yang leka dan alpa dengan nikmat yang satu ini.

Suami itu ibarat ladang pahala buat seorang isteri. Maka gunakanlah peluang itu sebaik mungkin. Lelaki sangat suka dihormati, maka senyumlah sentiasa depan mereka. Bila seorang suami rasa dihormati pasti suami akan menunjukkan rasa sayang pada isteri.

Kesimpulannya, sebagai seorang isteri anda haruslah menghormati suami selagi apa yang dilakukan suami tidak melanggar hukum agama. Suami juga adalah asbab isteri untuk ke syurga atau neraka. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *