Suami tak matang punca Zarina Anjoulie bercerai

Hanya mampu mengekalkan perkahwinan selama setahun lima bulan, pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie, 31, sah bercerai.

Dia mengakui sudah berpisah dengan suaminya yang juga warga Brunei, Pengiran Mohd Ilham Syazwan, 26 pada 18 Disember lalu.

Malah status yang dimuat naik di Instagram juga sudah menjelaskannya. ‘Keep calm, I’m a single mom. I’ve got this’.

“Faktor penceraian saya disebabkan usia bekas suami yang terlalu muda ketika berkahwin. Selepas mendapat anak, keretakan rumah tangga kami sukar dibendung dan perceraian adalah jalan terbaik buat kami,” katanya kepada Harian Metro.

Walau bagaimanapun, pelakon filem Amir & Lokman Pergi Ke Laut Ini tidak serik untuk bercinta dan mahu berkahwin semula andai ada jodoh kelak.

“Saya sukakan institusi perkahwinan kerana dapat mengelakkan kita dari melakukan dosa. Saya kasihankan anak saya yang membesar tanpa bapa di sisinya.

“Sebagai wanita yang pernah berkahwin, tentunya saya perlukan kehadiran seorang lelaki bergelar suami untuk berkongsi hidup,” jelasnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *