Superstar WWE bakal beraksi di Stadium Tertutup Singapura

SINGAPURA: Penganjur WWE LIVE SINGAPORE mengesahkan bahawa para bintang gusti WWE bakal beraksi di Stadium Tertutup Singapura pada 28 Jun – diadakan buat julung-julung kalinya sejak Julai 2015.

Tiket-tiket berharga dari S$48 hingga S$488 akan dijual mulai 17 Mac di kaunter Tiket Hab Sukan dan cawangan-cawangannya di kesemua lokasi SingPost, serta melalui online (www.sportshubtix.sg), atau menerusi talian hotline (+65 3158 7888).

Antara ‘superstar’ WWE yang dijangka beraksi di Singapura termasuk Kevin Owens, Roman Reigns, Sheamus, Cesaro, Rusev, Bayley and Sasha Banks, menurut kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu (8 Mac) oleh WWE dan rakan acara TEG Dainty Asia.

Tiket-tiket WWE habis dijual semasa ia kali terakhir diadakan di sini.

Harga tiket ketika itu juga antara S$48 dan S$488.
– TODAY/im

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *