Tauke Balak DAP direman 3 hari kerana tipu pajakan tanah di Kelantan.

MELAKA – Seorang pemimpin kanan parti rasis dan cauvinis, DAP Melaka serta seorang ahli perniagaan direman selama tiga hari berhubung kes penipuan membabitkan pajakan tanah di Kelantan.

Majistret, Analia Kamaruddin mengeluarkan perintah reman terhadap kedua-dua suspek berusia 54 dan 29 tahun itu di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, semalam.

Kedua-dua mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan curang mendorong supaya harta diserahkan.

Pada 8 Mac lalu, bekas Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San menggemparkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka apabila beliau mendakwa dua bekas rakan dalam parti, termasuk pembantu wakil rakyat pembangkang, terlibat dalam rasuah dan ugutan.

Leong San, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas-Duyong, memberitahu DUN bahawa dakwaan penipuan itu melibatkan kira-kira RM1 juta.

Beliau berkata, laporan polis dibuat pada 14 Disember tahun lalu oleh tiga pekebun kecil yang kehilangan wang hasil titik peluh mereka dalam perjanjian tanah di Kelantan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *