Teresa Kok Tak Mengaku Rompak Duit Daripada Rakyat Selangor

09/03/2017 – Berhubung dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Ahli Parlimen (MP) Seputeh Teresa Kok menafikan beliau salah seorang wakil rakyat di Kuala Lumpur yang menerima wang daripada dana yayasan tersebut.

“Tidak ada, tidak ada. Saya wakil rakyat Kuala Lumpur, itu dana untuk wakil Selangor. Jadi tanya ahli parlimen Selangor,” katanya.

Teresa juga enggan menjawab dengan lebih lanjut mengenai pendedahan Pengerusi Gabungan NGO Selangor, Datuk Seri Jamal Md. Yunos tersebut.

Sebelum ini, Jamal mendesak Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjawab mengenai dakwaan transaksi YAWAS berjumlah RM200 juta yang disalurkan kepada ahli Parlimen (MP) di Kuala Lumpur, sedangkan ia wang rakyat Selangor.

Antara MP tersebut adalah MP Cheras, Tan Kok Wai, MP Kepong Tan Seng Giaw, MP Batu Tian Chua, MP Wangsa Maju Tan Kee Kwong dan MP Segambut Lim Lip Eng.

Bagaimanapun, menteri besar Selangor itu hanya ‘mengunci mulut’ daripada menjawab tuduhan itu, walaupun Jamal mendesak supaya beliau menyamannya jika dakwaan dibuat itu satu fitnah.

Selain itu, Jamal juga sebelum ini sudah menyerahkan dokumen bukti penyelewengan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, antaranya surat daripada Perbendaharaan Negeri Selangor bertarikh 13 Disember 2013 kepada pengurus cawangan Ambank yang memohon membuka akaun bagi skim Mesra Usia Emas di atas beberapa ahli parlimen Wilayah Persekutuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *