Tsunami Hadi Dan Najib Akan Melanda PRU14

21/03/2017 – Sebelum ini ada seorang penganalisis politik meramalkan bahawa dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini akan berlaku ‘tsunami Tun Dr Mahathir Mohamad’.

Jika dilihat pada tahun 2008, telah berlaku ‘tsunami Cina’ apabila pengundi-pengundi Cina meninggalkan parti MCA dan Gerakan.

Manakala semasa PRU tahun 2013, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli khususnya menjaja isu cincin Datin Seri Rosmah Mansor. Namun kemudiannya pada tahun 2015, Rafizi mengaku bahawa beliau hanya main-main sahaja menuduh Rosmah.

Jika sebagai orang Islam, Rafizi sepatutnya memohon maaf kepada Rosmah kerana fitnahnya itu turut melibatkan ramai orang yang tidak berdosa mempercayainya bulat-bulat. Namun sehingga ke hari ini, Naib Presiden PKR itu belum memohon maaf.

Berdasarkan sumber dalam PKR, sememangnya Rafizi ditugaskan untuk menyerang dan memutarkan apa sahaja usaha baik Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan sehingga menyebabkan mereka tertekan kerana Rafizi ‘over attack’ dan memberi kesan buruk kepada parti.

Bagaimanapun, segelintir rakyat Malaysia berkata rakyat sudah mula mempersoal ‘keikhlasan’ dengan ‘spin’ Rafizi yang sukar untuk ditelan bulat-bulat. Kepada mereka, kesilapan Rafizi ialah mengandaikan rakyat Malaysia tidak berfikir.

Jika dilihat kerajaan Amerika Syarikat di bawah pimpinan Donald Trump, beberapa orang Muslim ditanya perasaan mereka mengenai Trump. Ada yang berkata gila dengan dasar-dasar terbaharu Trump.

Ini kerana Trump dikatakan menyusahkan kerana banyak kebajikan seperti dasar-dasar ‘Obama Care’ yang baik dikurangkan atau dihapuskan menyebabkan mereka terpaksa membayar lebih untuk insuran.

Namun, mereka juga berkata dasar Trump memberi fokus kepada Amerika baik untuk pertumbuhan ekonomi mereka.

Namun begitu, daripada pemerhatian sejak 2015, umat Islam di Amerika Syarikat hidup dengan aman. Isunya hanya mainan media yang mencipta pelbagai isu tipu seperti Islam Fobia, Islam terrorist dan sebagainya.

Semalam, seorang Cina Kuala Lumpur menulis surat bertulis tangan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberikan mereka rumah moden baharu di Razak Mansion.

Dahulu ianya rumah pangsa sahaja, juga diusahakan oleh allahyarhan Tun Abdul Razak. Sebelum itu, perumahan moden Kerinchi berjaya diserahkan kepada penduduk, malangnya segelintir penduduk tidak dapat kerana terpengaruh dengan hasutan pembangkang untuk menolak projek itu.

Jika dilihat sikap mantan-mantan Presiden USA, Obama, Clinton, Bush, Jimmy Carter, Reagan, mereka dan anak-anak mereka tidak pernah lagi mengganggu, apatah lagi memburukkan kerajaan yang sedang memerintah.

Di Amerika Syarikat, selepas pilihanraya, apa jua isu yang dicipta oleh musuh-musuh politik, ianya tidak digunakan untuk mengganggu kerajaan yang sedang memerintah.

Disebabkan itu, pilihanraya yang sudah berlalu biarkan ia berlabuh dengan aman dan berikan kerajaan peluang melaksanakan dasar-dasar mereka. Tunggu lagi 4 tahun akan datang.

Jika kerajaan gagal mengotakan janji mereka, rakyat Amerika sendiri akan mengubah semula kerajaan mereka. Sebab itulah Republikan dan Demokrat silih berganti memerintah Amerika Syarkat dengan aman.

Namun berbeza di Malaysia, parti pembangkang tidak sematang itu, kerja menggangggu kerajaan dilakukan dari hari pertama keputusan PRU diumumkan, ianya berterusan sehingga pilihanraya seterusnya.

Apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengubahnya dengan ‘politik matang’ namun hanya Datuk Seri Najib sahaja yang menyambut baik politik matang PAS.

Justeru, sangat jelas Najib dan Hadi adalah pasangan politik yang paling serasi sekarang.

Apabila pelabur China melabur, puak pembangkang mengatakan Malaysia jual negara, walhal sejak zaman Tun Dr Mahathir lagi pelabur China melabur di Malaysia.

Jika dilihat China Town di Washington, Boston, New York dan Pennsylvania, adakah itu boleh ditafsir Amerika telah menjual Washington, Boston atau New York kepada China?

Malah apabila Aramco dari Arab Saudi melabur di Malaysia, ada juga segelintir pihak yang memberi gambaran buruk mengenai Malaysia dengan harapan Aramco akan membatalkan pelaburan mereka.

Kenapa hendak hairan, pelaburan Aramco di Amerika Syarikat ini boleh dilihat di mana-mana. Baru-baru ini sahaja di China, negara Arab Saudi melabur sebanyak US$65 Billion. Adakah negara China menjual negaranya kepada Arab Saudi?

Oleh itu, tidak dihairankan lah jika Hadi dan PAS akan bersama-sama dengan UMNO dalam PRU14 nanti. Ini dapat dilihat akan berlaku tsunami Hadi dan Najib ke atas pakatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *