Tutup Cermin Di Rumah Bila Ada Kematian Adalah Satu Perbuatan Yang Khurafat

Timbul juga tanda tanya mengapa amalan menutup cermin ini dilakukan apabila ada jenazah di dalam rumah, namun memandangkan situasi yang tidak sesuai, persoalan ini selalu disimpan dan akhirnya dilupakan begitu saja.

Ini adalah perbuatan pelik, ada jenazah cermin pula ditutup. Menutup cermin-cermin muka dengan kain apabila jenazah ada di dalam rumah hampir menjadi kebiasaan masyarakat kita.

Namun, bila melihatkan amalan menutup cermin dengan kain ini hampir menjadi kemestian, persoalan ini perlu mendapat penerangan yang jelas.

Apa hukumnya dalam Islam perbuatan menutup cermin muka ketika ada jenazah didalam rumah. Berikut ialah maklumat yang perolehi dari sebuah laman soal jawab agama. Wallahualam bissawab

Kami tidak menjumpai saranan dari Rasulullah saw supaya menutup cermin-cermin muka ketika terdapatnya jenazah dalam rumah tersebut. Apa yang kami temui ialah ianya merupakan amalan orang tua-tua dahulu yang beranggapan bahawa, cermin hanya digunakan oleh Si Mati ketika hidupnya sahaja. Apabila telah mati, cermin tersebut tidak berguna lagi kerana mengikut Kepercayaan Kuno Masyarakat Hindu, roh atau hantu tidak boleh melihat dirinya dalam cermin.

Maka untuk menjaga hati dan perasaan serta bagi menghormati roh tersebut, setiap cermin muka dirumah simati tersebut perlulah ditutup. Perbuatan tersebut mengikut syarak adalah dilarang kerana ianya adalah perbuatan yang tidak dilakukan oleh Rasulullah saw serta dianggap sebagai satu perbuatan khurafat yang menyalahi syarak. – cari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *