Wanita Hamil & Anak Tiga Tahun Maut Kerana Seekor Kerbau

KUALA SELANGOR 9 Mac – Seorang wanita yang sedang hamil lapan bulan bersama anaknya berusia tiga tahun maut apabila kereta dinaiki mangsa bersama suaminya melanggar seekor kerbau di Jalan Timur Tambahan, Sungai Tengi, di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 10 pagi itu, Nor Aini Binti Jubri, 33, dan anak lelakinya Muhammad Tahfeez Syahmi Shahrulnizam, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh akibat kecederaan parah di beberapa anggota badan.

Suami mangsa, Shahrulnizam Azizan, 33, yang bertugas sebagai polis bantuan pula mengalami kecederaan parah patah tulang rusuk dan sedang dirawat di hospital sama.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ruslan Abdullah berkata, kemalangan itu berlaku apabila mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumah dari arah Jalan Bukit Tagar menghala ke Bestari Jaya gagal mengelak kerbau yang duduk di tengah jalan.

“Akibat pelanggaran itu kenderaan jenis Toyota Vios mangsa hilang kawalan lalu terbabas di bahu jalan sebelah kiri sebelum terbalik,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *