Wanita Ini Menyesal Kerana Memilih Untuk Berkahwin Di Usia Muda

10/03/2017 – Tak kisahlah dengan siapa atau macam mana situasinya hidup berumah tangga ini pasti akan mengalami konflik. Bezanya setiap perkahwinan akan mempunyai konflik yang banyak atau konflik sedikit. Bergaduh sekejap atau bergaduh lama.

Kahwin awal atau kahwin pada usia muda, ramai yang mula berkahwin pada usia muda. walaupun masih lagi sedang belajar dan mengejar cita-cita. Pasangan masih lagi mahu meneruskan untuk berumah tangga di usia muda tanpa berfikir panjang.

Alasan waktu bersemangat nikah, hanya fikir nak selesaikan masalah rindu sayang. Masalah tak nak terlibat zina besar dan zina kecil. Masalah kesepian dan kebosanan. Tak tahan pertanyaan dan sindiran orang sekeliling.

Akhirnya setelah meniti alam perkahwinan, menyesal tak sudah. Lebih baik mengejar cita-cita dari mengejar cinta. Seorang wanita telah berkongsi pengalaman beliau yang berkahwin di usia muda. Ketika dirinya dan suami masih lagi seorang penuntut di sebuah universiti.

Akhirnya perkahwinan yang diidamkan musnah kerana suami masih lagi tidak bersedia menjadi seorang suami dan bermain cinta dengan bekas kekasih.

“Untuk kaum hawa, kejarlah dulu cita-cita kamu jangan bermain cinta dulu. Saya pelajar degree dan berumur 21 tahun. Berkahwin masa umur 19 tahun lepas asasi dan masa tuh ex husben berumur 23 final year degree.

“Selepas berkawan tak sampai 6 bulan ex husben nak meminang ajak kahwin dan saya terima. Mungkin sebab cinta pertama saya kan, walaupun keluarga saya menentang habis-habisan sebab saya masih muda lagi dan belajar pun tak habis lagi, tapi saya tetapkan niat teruskan sebab saya percaya yang dia takdir untuk saya,” tulisnya.

Pasangan ini berkahwin dan tinggal dengan mertua, bagi wanita ini tidak menjadi satu masalah untuknya tinggal dengan mertua kerana layanan yang diberikan mertua kepadanya cukup baik. Cuma selepas dua bulan bernikah, suaminya sudah mula menunjukkan perubahan sikap marah-marah dan memaki.

“Saya ambik keputusan tinggal dalam hostel masa ni saya dh degree dekat ukmkl. Rasanya tak ada call dan WhatsApp dari suami bertanya tentang saya. Yang ambik tahu pasal saya cuma mak ayah dia saja. Ye, saya tahu awak tak ada salah kat saya, awk tetap tunaikan tanggungjawab bagi nafkah kat saya, cukup. Tapi, awak biarkan saya sendiri ibaratnya macam saya tak ada suami. Apa salah saya selama ni?

“Saya merayu nak dia yang dulu dan saya ingt apa dia ckap masa tu “kau perempuan yang bodoh masuk universiti pun tetap tak faham bahasa orang dah tak sayang still merayu-rayu, berambus dari life aku” Allahu.

“Mungkin selama ni Allah uji rumah tangga kami walaupun saya tak tahu langsung saya buat salah apa. Bahagianya saya masa ni Allah je tahu, tapi saya rahsiakan dari dia sampailah saya nak surprisekan dia masa birthday dia. Tapi smua tu tak kesampaiaan, selama ni baru saya tahu dia still contact ex kekasih dia selama kami kawin ini.
“ Ye saya tahu dorang memang rapat sampai mak ayah perempuan tu kenal dia, dulu satu universiti mesti la pmpuan tu lagi kenal mak ayah dia. So perempuan tu datang balik kononnya nak tagih janji sama-sama dulu,” tulisnya.

Pasangan ini sudah pun bercerai dan wanita ini telah keguguran. Wanita ini menasihati kaum hawa untuk tidak jatuh cinta sewaktu tengah belajar kerana banyak benda lagi yang tidak akan nampak. Korang percayalah suatu hari nanti bahagia itu akan ada. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *