Wanita kini lebih pilih untuk berkerja dari jadi surirumah.

NEW YORK: Kajian mendapati sebahagian besar wanita di seluruh dunia memilih bekerja dan kebanyakan lelaki bersetuju mengenai perkara itu, walaupun di kawasan yang secara tradisinya wanita kurang bekerja.

“Hanya satu daripada tiga wanita dan lelaki mahu wanita kekal di rumah, ” kata laporan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pertubuhan undian Amerika Syarikat, Gallup Inc itu.

ILO berkata, separuh wanita dalam lingkungan usia bekerja berada dalam pasaran buruh berbanding tiga daripada empat lelaki.

Bagaimanapun, kadar ini berbeza mengikut rantau dengan satu daripada empat atau kurang wanita berada dalam pasaran kerja di Asia Selatan, Afrika Utara dan negara Arab.

Kajian itu dilakukan hasil temu bual dengan 149,000 individu dewasa di 142 negara dan wilayah, pada 2016 yang bertujuan memahami faktor mempengaruhi penyertaan wanita dalam tenaga.

“Walaupun wujud kemajuan besar dalam dunia pekerjaan wanita, masih banyak masih perlu dicapai.

“Selama berdekad-dekad, manfaat penguasaan ekonomi wanita kepada individu, keluarga dan masyarakat semakin jelas, namun kesamarataan jantina masih gagal dicapai di mana-mana,” kata laporan itu.

Menurut laporan itu, kira-kira 70 peratus wanita dan 66 peratus lelaki memilih wanita untuk bekerja di seluruh dunia. Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *