Wanita Yang Mendakwa Jururawat Punca Anaknya Mati, Adalah Satu Fitnah?

13/03/2017, Putrajaya – Susulan tular di media sosial tentang kes seorang wanita yang mendakwa jururawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang telah menolak kepala bayinya yang sudah keluar dari celah kangkang punca anak sulungnya itu mati.

Pseudoscience Watch (PW) telah tampil menepis dakwaan wanita tersebut yang mengatakan jururawat di HTAR telah memperlakukannya sebegitu rupa. Segala yang telah dilakukan oleh jururawat adalah mengikut garis panduan dan SOP yang digunakan di seluruh dunia.

Pihak PW telah menjalankan siasatan dan tampil memberi penjelasan pada semua pihak untuk tidak berterusan mengkritik pihak hospital dan jururawat.

Fakta kes pertama adalah dakwaan wanita itu telah dipukul oleh jururawat kerana menjerit kesakitan ketika melahirkan anak adalah tidak benar. Tiada siapa yang pukul wanita itu.

Kedua adalah kes tersebut adalah kes placenta abruption/abruption di mana uri telah berpisah daripada lapisan rahim tersebut. Sejenis kecemasan kelahiran, risiko tinggi untuk mati akibat pendarahan pada ibu (700ml darah boleh keluar dalam seminit). Jadi dalam lima minit sahaja boleh meninggal dunia.

Selain itu ia juga berisiko tinggi untuk anak lemas bila berlaku. Uri tersebut tidak dapat lagi berfungsi untuk anak itu bernafas (mereka masih belum guna paru-paru ye). Lemas dalam beberapa minit juga. Yes, every second counts.

Ketiga, ramai ibu yang sudah ada pengalaman melahirkan anak sendiri boleh beritahu rasa kepala anak itu dah nak keluar tetapi bila tengok kepala pun tak nampak lagi sebenarnya. Kalau betul boleh dilihat (visualize) kepala dah dekat vagina, itu namanya crowning.

Bila anak nak keluar, susah juga nak betul-betul pin point di mana kepala anak itu sebenarnya (lokasi sebenar/sensory localization) oleh ibu sendiri. Rasa memang dah dekat hujung tetapi secara tepatnya di mana?

Dalam kes ini pula, bayi tersebut belum crowning. Sebab itu jururawat suruh kepit, jangan teran. Untuk apa? Sebab nak tolak masuk buat pembedahan.

Keempat, sebab placental abruptio yang dialami oleh si ibu, ianya berisiko tinggi bagi ibu dan anak untuk terkorban. Kan dah tulis risiko-risiko tersebut pada point nombor dua? Berlaku dalam kes si ibu berkenaan. Worst case scenario? Telah berlaku.

Kelima, selepas berlaku, sudah tentu akan ada siasatan. Tak perlu siapa-siapa nak saman atau report. Gerenti sebab bayi tersebut tidak survive. Tiada locus tandi untuk saman pun sebab dalam kes ini tiada kecuaian atau medical negligence telah berlaku. Tak nak beranak di situ? Hospital lain tetap buat dan ambil langkah yang sama sekiranya berdepan dengan situasi yang serupa.

Sehingga kini, tiada saman yang telah dilanjutkan oleh penulis status viral berkenaan. Menerusi status yang dimuatnaik oleh wanita tersebut, wanita itu telah dilihat memberi amaran pada jururawat dan hospital (HTAR) akan saman pihak yang berkenaan. Pihak PW meminta wanita itu untuk saman supaya dapat melihat siapa yang betul dan siapa yang salah. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *