“We cant live without you papa”- Luahan Sayu Anak Allahyarham Johan Nawawi

Kehilangan orang yang tersayang sememangnya sangat menyedihkan dan bukan mudah untuk kita meneruskan kehidupan tanpa mereka yang telah pergi walaupun hidup harus diteruskan.

Pada 24 Mac 2017 yang lalu, Malaysia digemparkan dengan pemergian seorang komposer yang sangat disenangi ramai iaitu Allahyarham Johan Nawawi yang telah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 6.30 pagi akibat serangan jantung.

Isterinya yang merupakan seorang penyanyi iaitu Nora Ariffin juga kelihatan sayu dan sebak apabila ditemu ramah untuk menceritakan detik-detik terakhir Allahyarham sebelum arwah pergi buat selama-lamanya.

Kali ini, anak mereka iaitu Alif Johan dan Putri Dahlia juga tidak ketinggalan untuk meluahkan perasaan mereka tentang seorang lelaki yang dipanggil ‘papa’ menerusi akaun Instagram milik masing-masing.

Antara luahan dari Putri Dahlia:

“Hi papa…I woke up at 6.00am to see you papa..You have to know that I miss you paaaa…Its ok..I know you are in a better place..Assalamualaikum😭“

“Papa I miss you papa…please come back pa! Putri rasa bersalah…Putri tak sempat salam papa atau say bye bye becuz you are at the hospital and Im at hoMe..Sampai je hospital…Dah terlambat..IM SORRY PAPA..I will study hard and work for the family and be a good sister to Fatehah..😔😢😭 this is my last years birthday at dubai..Before we go dubai..We were at london..Lots of memories…He posted this On his ig acc too @johannawawi ..Papa..You left me to early..I want you to support me for spm..i want you to be here on raya 2017 I want to go on another holiday with you…We cant live without you papa..Life is gonna be really REALLY different.

Antara luahan dari Alif Johan pula:

“Dont stop chasing your dreams! Jangan tinggal solat, jaga mak, adik adik okay! Jadi manusia yang berguna” i will forever remember this moment, papa. Rest in peace 🙏🏻 @johannawawi

Semoga keluarga Allahyarham diberikan kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang akan mendatang.

Kepada anda yang masih mempunyai ibu ayah, hargailah mereka sebelum terlambat. Hilang kawan boleh dicari ganti tetapi hilang ibu ayah, sampai ke mati tiada pengganti. – sfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *