Website Yang Boleh Dilayari Untuk Anda Tambah Ilmu Pengetahuan

Bagi anda yang suka membaca, atau mencari sesuatu yang baharu, terdapat banyak pilihan laman web yang boleh dipilih, serta dicari bersesuaian dengan apa yang diingini.

Berdasarkan perkongsian dari saudara Hadhinah Felice ini, 8 laman web ini adalah sesuai buat mereka yang inginkan pengetahuan, dan ilmu baharu. Laman web yang bagaimanakah boleh kita layari?

Mari kita ikuti perkongsian darinya untuk mengetahui lebih lanjut.

Berikut merupakan laman-laman web penuh informasi yang anda boleh luangkan masa untuk baca kalau anda nak minda anda berkembang!

1. Mentalfloss.com

Sebuah laman untuk baca tentang pengetahuan am, dari tentang alam sekitar, haiwan, kisah inspirasi hidup, teknologi, sejarah, hingga ke politik. Cara penulisannya mudah untuk difahami dan artikelnya tidak panjang namun ia padat dengan maklumat.

2. AtlasObscura.com

Buat yang minat untuk “discover” tempat-tempat menarik di dunia yang “hidden” dan tak popular tapi sangat berbaloi dilawati, laman web ini sesuai untuk anda. Tiba masa untuk buka mata dan minda seluasnya dan tidak bergantung pada bucket list semata-mata. Follow FB mereka! Info memang meletup!

3. HowStuffWorks.com

This website is amazing! Anda dapat belajar bagaimana setiap benda yang anda tak terfikir yang ada dalam dunia berfungsi serta cara penghasilan sesuatu benda tersebut. Anda juga boleh baca tips berkaitan travel, teknologi, budaya dan sebagainya di sini.

4. Curiosity.com atau aplikasinya di Google Play/App Store

Laman web penuh dengan pengetahuan am di mana sehari anda akan dapat belajar tentang 5 perkara baru! Bayangkan sebulan berapa banyak perkara baru yang cool yang anda akan dapat?

5. Quora.com

Anda ada soalan yang anda sangat terdesak untuk tahu jawapannya? Gunalah Quora. Percayalah, soalan paling bodoh sekalipun ada jawapannya yang mana penjelasannya selalu “mind blowing”! Saya gunakan Quora untuk tanya soalan berkaitan banyak benda kerana yang menjawab soalan biasanya bukan calang-calang orangnya. Bukan itu saja, kalau anda ada ilmu untuk dikongsikan, di sinilah tempatnya. Bermanfaat sungguh!

6. ScienceDaily.com

Anda suka baca dan tak mahu ketinggalan mengetahui perkembangan sains dan teknologi setiap hari? This is the best website for you.

7. WorldAtlas.com

Fakta tentang dunia, benua, dan semua di dalamnya. Bahagian kegemaran saya ialah bahagian haiwan apakah yang ada di setiap benua!

8. NationalGeographic.com

Enough said.

Tambahan:

Muat turun aplikasi Quiz Up di Google Play untuk Android, dan di App Store untuk iOS. Quiz Up ini sejenis game untuk uji pengetahuan am melalui kuiz dalam segala topik yang ada dalam dunia termasuk siri TV kegemaran anda untuk sedikit keseronokan.

Trust me, you’ll get addicted to this because it is so much fun! Dahla dapat belajar tentang benda baru setiap kali main! Anda boleh lawan dengan pengguna Quiz Up dengan “friends list” anda yang juga gunakan aplikasi ini, atau dengan orang yang tak dikenali di seluruh dunia bila anda pilih “random opponent” untuk membolehkan anda mendapat gelaran atau “title” dalam topik kegemaran bila anda menang dalam setiap perlawanan kuiz.

Gelaran yang diberikan sangat unik, menarik dan kadangkala kelakar. Contoh gelaran yang saya dah dapat selepas bermain kuiz tentang Asia dengan kerapnya ialah “Muay Thai Fighter” sebab ia bersangkut paut dengan Asia walaupun saya bukan Muay Thai Fighter”!

*

Zaman kewujudan Google ini memang banyak membantu tapi tak salah kalau dapat luangkan masa membaca bahan ilmiah di laman web yang menjurus khas ke arah pelbagai cabang ilmu. Tiba masanya untuk kita lebih banyak bercerita tentang pengetahuan am dari mengumpat atau bergosip.

Give them a try! It’s good for your brain! Membaca itu kan amalan mulia.

#knowledgeisPOWER #eradicateIGNORANCE
#SAYAsayangBANGSAsaya – sk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *