Zairil Hasil Produk ‘Kaki Club Malam’ DAP – PAS

12/03/17 – PAS membidas serta mnyindir Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari sebagai salah satu hasil produk ‘kaki kelab malam’ yang paling laris pernah dikeluarkan hasil didikan DAP.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata demikian sebagai respon terhadap kritikan Zairil yang mengarahkan parti Islam itu menjadi tabligh dan tidak terbabit dalam politik lagi.

Akibat daripada kritikan Zairil tersebut, Zuhdi menyindirnya kembali di mana sebelum ini menjadi tular di laman sosial video seorang lelaki mirip Presiden FAP itu sedang berpelukan dengan penuh nafsu bersama seorang wanita di kelab malam.

Perkara yang amat memalukan tersebut sepatutnya tidak berlaku di kalangan umat Islam. Ditambah pula Zairil merupakan seorang wakil rakyat yang dikenali ramai, sepatutnya dia menjadi contoh kepada masyarakat.

Oleh yang demikian, Zuhdi menasihati Zairil agar tidak terus terpesong dengan ajaran yahudi puak DAP dan menjadikan PAS sebagai contoh kerana perjuangan PAS adalah berlandaskan agama Islam dan berakhlak tinggi.

Tambah Zuhdi, sebenarnya seorang pemimpin yang berakhlak mulia itu lahir daripada kegiatan ‘mensucikan diri’ dan usaha memperkukuhkan kerohanian seperti yang diterapkan oleh golongan PAS.

Bukannya terpesong dengan budaya DAP yang mengajar pengikutnya agar menjadi kaki kelab malam, berpeleseran dengan wanita bukan mahram, main judi, melakukan maksiat dan sebagainya.

Dalam PAS, mereka lebih mementingkan prinsip perjuangan di mana lebih mementingkan agama Islam jika hendak dibandingkan dengan perjuangan yang hanya mahu meraih sokongan politik semata-mata.

PAS tidak pernah mengajar ahlinya untuk menjadi kaki kelab malam, berfoya-foya sehingga mabuk dengan wanita seksi seperti yang dilakukan DAP sekarang ini. Zairil sepatutnya cermin diri sendiri sebelum mengkritik pihak lain. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *