Zizan jatuh sakit kerana cuaca dan terlebih kerja.

Cuaca tidak menentu dan jadual kerja padat menyebabkan kesihatan bintang komedi, Zizan Razak terjejas.

Beransur pulih, Zizan yang sedang bercuti rehat beberapa hari, berharap dapat meneruskan rutin harian dan tugasan yang tergendala gara-gara kesihatan yang tidak mengizinkan itu.

“Tiada apa yang hendak dirisaukan, cuma demam biasa saja.

“Kadang-kala kurang air dalam badanpun boleh jadi punca.

“Namun, rasanya badan saya kurang rehat dan tiada apa-apa perlu dirisaukan,” katanya kepada BH Online.

Zizan berkata, dia tidak mahu kesihatannya mengganggu jadual kerja, apatah lagi komitmen yang sudah diberi kepada pelbagai pihak.

Dalam perkembangan lain, telefilem terbaru lakonan Zizan bersama Mira Filzah berjudul Jula Juli Bintang Cinta, bakal ditayangkan tidak lama lagi.

“Saya teruja menantikan reaksi peminat. Diharap telefilem itu diterima baik,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *