100 pelajar cedera di pukul Polis dalam tunjuk perasaan di Kashmir

SRINAGAR: Ratusan pelajar bertempur dengan pasukan kerajaan di Kashmir India bagi memprotes serbuan polis ke atas sebuah kolej, ketika ketegangan memuncak di wilayah bergolak itu.

Kira-kira 100 pelajar dilaporkan cedera selepas polis menggunakan belantan dan gas pemedih mata untuk meleraikan tunjuk perasaan yang turut tercetus di bandar utama Srinagar sebelum merebak ke bahagian lain di lembah Kashmir.

Tunjuk perasaan itu disertai remaja berpakaian seragam sekolah dan pelajar perempuan bertudung putih sambil melaungkan slogan anti-India dan membaling batu kepada tentera kerajaan.

Sebelum kejadian, sebuah kesatuan pelajar menggesa tunjuk perasaan diadakan selepas polis cuba menyerbu sebuah kolej di daerah selatan Pulwama kelmarin, untuk menahan suspek terbabit dalam demonstrasi ganas baru-baru ini.

Ia mencetuskan pertempuran yang menyebabkan sekurang-kurangnya 60 pelajar cedera. – AFP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *