12 cedera serangan asid di Kelab Malam London

LONDON: Seramai 12 orang cedera dalam serangan asid di sebuah kelab malam yang penuh dengan pengunjung di London pada Isnin.

Jurucakap bomba London memberitahu AFP, sejenis cecair dilemparkan ke Mangle, sebuah kelab malam yang terletak di timur London, awal pagi Isnin.

Hasil pemeriksaan mengklasifikasikan cecair tersebut sebagai cecair berasid.

Kira-kira 600 pengunjung berada di kelab malam itu semasa insiden berlaku.

“Seramai 12 individu menunjukkan tanda-tanda berpunca daripada cecair berasid itu dan dirawat di lokasi kejadian sebelum dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans,” kata jurucakap tersebut.

Polis dalam satu kenyataan berkata tahap kecederaan yang dialami 12 mangsa tidak mengancam nyawa.

Malah polis turut menolak insiden itu ada kaitan dengan serangan pengganas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *