14 orang ditahan selepas penyokong Anti Trump bergaduh

SAN FRANCISCO: Sekurang-kurangnya 14 orang ditahan selepas penentang dan penyokong Presiden Donald Trump bertembung di sebuah taman ketika berarak di Berkeley, California.

Polis memberitahu media tempatan, tercetus pergaduhan antara kedua kumpulan termasuk letupan mercun dan semburan serbuk lada.

Penyokong Trump dikatakan merancang untuk mengadakan perarakan Hari Patriot pada tengahari, bagaimanapun kumpulan penentang telah muncul beberapa jam lebih awal di lokasi sama.

Dilaporkan, beratus-ratus orang berkumpul di taman berkenaan termasuk penyokong Trump yang mengadakan perhimpunan kebebasan bersuara, manakala penentang dasar-dasar Trump menjerit dan melaungkan protes.

CNN melaporkan 14 orang ditahan berikutan insiden itu. Bantahan itu dibuat bertepatan dengan tarikh 15 April iaitu tarikh akhir untuk memfailkan cukai AS.

Beribu-ribu penunjuk perasaan berkumpul semalam di bandar-bandar utama di seluruh Amerika Syarikat untuk memberi tekanan kepada Trump supaya mendedahkan penyata cukainya, satu langkah ketelusan yang enggan beliau lakukan. – AFP

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *