3276 penjawat awam di isytiharkan bankrap sehingga kini.

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan, sebanyak 3,276 penjawat awam diisytiharkan bankrap dalam tempoh empat tahun sejak 2013.

Katanya, ia gara-gara ketidakmampuan mereka untuk menjelaskan hutang yang dibuat.

Jabatan Akauntan Negara merekodkan bilangan penjawat awam yang diisytiharkan bankrap pada tahun lalu meningkat 13 peratus iaitu 1,093 orang berbanding 960 orang pada tahun sebelumnya, 606 orang (2014) dan 617 orang (2013).

Azalina berkata, pinjaman peribadi yang dipotong melalui Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) didapati penyumbang terbesar keberhutangan yang serius dalam kalangan penjawat awam.

“Keberhutangan serius diklasifikasikan sebagai jumlah pendapatan bersih bulanan penjawat awam yang kurang 60 peratus daripada emolumen bulanan, setelah mengambil kira potongan yang dibenarkan ketua jabatan.

“Bermula bulan ini, Jabatan Akauntan Negara telah melaksanakan sekatan bayaran potongan gaji penjawat awam sehingga maksimum 60 peratus daripada jumlah gaji kasar melalui sistem gaji berkomputer bagi menangani masalah hutang dalam kalangan penjawat awam,” katanya menjawab soalan tambahan Senator Datuk Mustapha Kamal Mohd. Yusoff mengenai status keberhutangan dalam kalangan penjawat awam ketika sesi soal jawab dalam sidang Dewan Negara, semalam.

Malah, Jabatan Akauntan Negara merekodkan sebanyak 61,726 daripada 1.59 juta penjawat awam menerima pendapatan bersih kurang 40 peratus daripada emolumen bulanan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *